Adakah Pemakanan Punca Keguguran?

Semua buah-buahan yang sudah biasa kita makan itu ialah makanan semulajadi kurniaan Tuhan yang berkhasiat, bukannya penyebab keguguran. Toksah laaaa buat fitnah kat buah. Apa yang meningkatkan risiko keguguran ialah: 1) Usia ibu dan bapa yang meningkat (semakin tua semakin tinggi risiko keguguran), 2) Obesiti 3) PCOS 4) Pendedahan kepada asap rokok 5) Minuman beralkohol 6) Cervical insufficiency 7) Masalah Diabetes yang tidak dikawal 8)Masalah thyroid yang tidak dikawal 9) Masalah SLE atau autoimmune yang tidak dikawal 10)Penyakit buah pinggang yang tidak dikawal 11) Masalah jangkitan kuman kepada ibu 12) Keracunan makanan (jangan telan telur separuh masak, jangan telan telur mentah) 13) Caffein melebihi 150mg sehari 14) Kehamilan kembar 15) Kehamilan IVF 16) Masalah janin yang ada kecacatan yang serious seperti sindrom-sindrom. Kalau tak tahu kenapa gugur tanyalah doktor pakar O&G. Jangan salahkan buah-buahan. Jangan percaya kepada mitos. Jangan menghalang ibu-ibu hamil makan buah yang berkhasiat. Tetapi jangan pula menggunakan posting saya untuk mempromosikan produk jus-jus overclaim. Apa yang lebih baik ialah makanlah buah semulajadi yang kaya serat dan khasiat semulajadi. Jika ada diabetes, kawal diabetes anda. Tak perlu beli produk cuci rahim atau produk bersih rahim sebab TIADA rahim yang kotor. Terimakasih. Nota tambahan: untuk semua pendapat perubatan, sila tanya doktor anda di KLINIK, bukan tanya di media sosial, supaya anda tak dapat komen-komen mengarut-ngarut dari makcik bawang yang suka menyalahkan buah-buahan semulajadi berkhasiat kurniaan Allah, doula-douli yang tidak ikut SOP doula antarabangsa yang tidak membenarkan doula memberi nasihat perubatan, dan penjual produk overclaim yang dok buat kenyataan mengarut kalau beli produk dia nanti baby keluar bersih seolah-olah ada baby yang keluar kotor. Tepuk laaa dahi ??‍♀️ Boleh follow fb doctor pakar O&G https://www.facebook.com/679746658/posts/10157286409096659/

19 Balas

Betul. Lgi teruk msa sy keguguran. Berlumba2 agen produk nak paksa sy mkn produk durg n makcik2 bwg asyik ckp rahim sy xkuat lh. Dan yg paling menguris hati bila ada insan yg kata sy bermasalah (kesuburan) sedangkan doktor pakar kata rahim sy sihat n tiada ketumbuhan. Msa tu hati ni bkn saja sedih sebab kehilangan ank tpi sedih dgn mulut org😔

Good job la sis. Well said!! I panassss je kalau org duk x bg makan nanas , tebu kata tajam, la kelapa panas la. Contoh tebu, Pdahal tebu elok je cuma cara pmbuatannya kena bersih. Do some research la people. Do some reading. Google je kn sng.jgn google article melayu. Google reliable resources la. Article omputih lgi boleh dipercayai

sy faktor umoq ada thyroid ada asma kronik...tp alhmdulilh sekarang dh tngu masa nk bersalin ja..faktor umoq pn ada penyakit pn klau kita jaga dgn elok ikut nasihat doctor insyallah semua akan berjalan dgn lancaq...doa supaya allah permudah kn semua nya

Yang suka sangat tanya boleh makan nenas la durian la minum air kelapa la, please baca posting ni. Soalan yang sama asyik berulang2. Rajin la sikit search dulu dalam app baru tanya. Ni tak, semua nak kena suap.

Kannnn...... hp ada google la. Hujung jari je bnde2 ni. Lain la zaman dlu hp takde internet takde. Pi pcya ckp org sebarang. Ni hp ada pn mlas.

saya pesakit SLE dan alhamdulillah terkawal.. klu sle aktif mmg doc x bg mengandung.. sepanjang pregnancy ni sle saya stabil je.. cuma patuhi arahan doc dan jgn tinggalkan ubat..

UP article for Newbie Pregnant. Please banyak membaca utk individu2 pregnant supaya tak salah percaya sesuatu yg karut..

Good info. Selalu sangat nampak orang tanya itu ini boleh makan ke tak😅

sharing is caring....thanks for info Sis

A very good info. ☝🏾

♥️♥️♥️👍

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan