menu makanan

Hi semua.. boleh bg pendapat tak, menu ape yg mudah utk bagi baby 1 tahun 4 bulan mkn selain nasi. sbb anak saya cepat bosan mkan nasi..

28 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya selang seli bagi anak mkn nasi.. kdng buat carbonara but guna mi organik khas utk baby tu. Kalau nasi pulak buat lauk masak lemak, tapi asing sblm tmbh garam tu.. masak sekali ibu ayah nak mkn senang. Nak bagi berat naik cpt saya bagi buah pisang sblm mkn berat, lps tu bagi bubur ayam yg da cincang and letak kentang (potong kiub) dlm bubur. Nak bagi rasa letak blackpaper sikit ngan garam sikit je asal ada. Alhamdulillah berat da bertambah (skng ibu makin sado sbb lenguh dukung hahaha) anak pun suka 🥰

Baca lagi

Macam2 bole bagi sis lg2 da 1y4m...mee bihun makaroni pasta koayteow blh olah ikuy selera baby...join group Happy Baby Foods Malaysia...kat sana byk resepi yg sedap n sihat utk baby yg pastinya bebas garam, gula m msg...slmt mncuba...

mac and cheese, spageti cabonara, bihun pn okay tp anak saya terkulat kulat nak makan. roti telur, jagung, buah buah. macaroni soup. sup ayam dgn kentang. pasta tu beli bentuk lain lain.

menu bihun, mee, pasta dan sebagainya... kalau nasi anak saya pun kurang makan.. tapi klu nasi berperisa lebih berselera.. cth, nsi lemak, nsi goreng, nasi ayam, nasi minyak 😃

Assalammualikum..hai semua blh x bg pendapat anak sy 1 thun 3 bulan so sabun mndi n shampoo apa yg blh dye pkai tk jauhkn ia dri bakteria n jangkit apa2..blh spe2 bg pndapat x..

VIP Member

Cuba masak bubur nasi , my kids makan hari hari without refuse.. cuma tukar lauk dalam bubur tu. Maybe today ayam esok ikan and the next day daging …. Repeat je bagus jugak untuk naikkan bb baby

pelbagaikan dari segi karbo contoh spaghetti, mac, pasta .. tetapi ibu jgn paksa makan takes time 😊 ibu bagi dalam amount yg sedikit2 dulu tapi kerap..

Boleh buat supa ayam atau sup sayur, bagi mkn kentang rebus atau ubi manis, tp seeloknya nasi la, cuma sis kna pelbagaikan hidangan

Setiap hari saya masak sup sayur dgn rencah daging. (Anak allergic ayam). Sup ni pagi2 makan dgn mee kuning atau bihun. tghhari makan sup yg sama dgn nasi or pasta.

anak akk sebaya tu,suka makan mi,bihun..spegati..cubalah agar anak x bosan utk mkn menu yg sama.