Makan makanan tak berkhasiat

Semenjak pregnant ni tiba2 rezeki jadi sempit sangat2. Dulu stable income. Skrg dah 3 bulan takda income. Hari2 makan nugget + nasi putih atau telur + nasi putih. Sedih tiba2 jadi macam ni. Dulu sebulan 2 minggu beli barang dapur. Sekarang nak beli telur pun fikir dua kali. Sedih baby tak dpt khasiat makanan. Perut pun tak besar mana di sebab kan pemakanan. Sedih banyak makanan yg mengidam kena telan liur je.

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

insyallah, Allah bagi ujian akan datang sekali dengan nikmat. pernah alami juga masa kandungan yg lepas. cuma masa tu Ramadhan, jadi dapat rezeki buah kurma org bagi. makan kurma shj utk bertahan masa tu, Alhamdulillah 🤲🏻🥰 Semoga Allah Ya Basith (Yang Maha Meluaskan & Melapangkan), akan beri kelapangan dlm rezeki kesihatan yg baik buat ibu & bayi dalam kandungan 🤲🏻🥰 Tenang ye 💚💜🤎

Baca lagi

Tu dugaan sis.. InshaAllah kita boleh hadapi. Sy pregnant terus kena buang kerja sbb polisi syarikat. Mmg terasa sngat ekonomi sy + husband. Tapi, demi anak dlm kandungan kita kena kuat. Makan sj apa yg termampu, jangan ikut hati. InshaAllah baby pun akan faham juga. Yg penting ubat2 dr Doktor jgn tinggal. Sy doakan semoga nnti income kita akan kembali stabil..rezeki anak inshaAllah.Aminn~~

Baca lagi

dri beli nugget baik beli ayam or ikan. nugget tu hrga pon boleh tahan. telur sumber protein so xde mslh.

Nugget pun dh mahal dah xde khasiat pulak tu . Mkn la ayam ikan atau syur .