Anak tak mahu makan
assalamualaikum . anak saya dah 2y3m susah sangat nak makan since dari sebelum 2 tahun lagi . kalau makan pun sesuap dua saja . semua makanan macam tu . kecuali kalau yang manis mcm kek, roti, dadih etc dengan kerepek kerepek. tapi, saya tak bagi makan yg jajan2 tu. protein, sayur langsung taknak makan . contoh kalau saya buat nasi goreng, kan selalu kita letak telur sekali . lidah dia mesti akan "filter" telur tu walaupun sekecil mana pun telur tu 😔 kalau tukar dengan mee ke kueteow ke spaghetti ke sama juga. saya dah buat nugget pun anak saya taknak juga. bila jadi macam ni anak saya akan mintak susu saja 😔 . saya dah cuba kurangkan susu, masih sama . saya dah beli vitamin pun sama juga . tolong mummy mummy 😔