Normal ke mengantuk masa 1st trimester?

Semalam pukul 11 saya tidur sebab mengantuk. Bangun pagi pun malas nak bangun sebab mengantuk. Saya paksa diri untuk solat dan makan. Tak boleh biarkan perut kosong. Kena makan demi kandungan saya 6weeks. Selepas makan, sambung tidur lagi. Bangun lagi dan paksa diri untuk mandi dan makan buah. Mandi makan pun mengantuk. Sambung tidur kejap lepastu bangun lagi sebab lapar. Goreng dan makan roti canai pun mengantuk. Mengantuk sangat macam tak cukup tidur je walaupun ada alahan 😅 Ada ke yang pernah berpengalaman ni macam saya? Rase nak tidur lagi 😅😂 #firsttimemom #firstmom #firstbaby #ingintahu

27 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Normal sis. Sy dulu 1st trimester mabuk + kuat tidur. Siang malam sy tidur. Bangun untuk makan, mandi & solat shaja. Kerja rumah xbuat. Masak pun tak. Dah nak masuk 4 bulan baru kurang mabuk & boleh start buat kerja2 rumah sikit. 🥹

11mo ago

oo lama jugak 😅 terima kasih menjawab soalan..