Kongsikan kisah menarik anda ketika bersalin & dapatkan 500 Poin Percuma!
Selamat tengah hari mommies semua🥰 Apa pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan sewaktu bersalin?🤰 Ada yang termarah suami ke?👨 Atau tergigit tangan nurse atau doktor ke?👩⚕️ Ke ada yang tak sempat sampai hospital baby dah keluar?👶 Jom kongsikan kisah menarik & mungkin kisah anda yang akan mendapat 500 poin PERCUMA🥳


Pengalaman mengandung anak pertama pada tahun 2018, untuk kami yang bakal bergelar ibu ayah buat permulaannya, rasa sangat gembira syukur dan bermacam-macam perasaan ada, ini cerita tentang suami yang sangat-sangat 'excited' menunggu cahaya mata pertamanya. Sebelum bersalin suami sudah mencari tahu hospital yang membenarkan pasangan menemani isteri ketika bersalin, suami siap cakap ingin mengisi borang kebenaran awal sebelum tarikh bersalin, suami cakap lagi suami akan menemani di dalam dewan bersalin, dan sehinggalah hari bersalin tiba, suami menunggu di pintu wad sebelum ditolak pindah ke dewan bersalin, apabila melihat saya atas katil ditolak, saya bercakap kepadanya marilah ikut masuk, dengan muka yang takut, cuak, suami geleng laju kata tak nak, 😂 segala rasa terujanya hilang, rasa seram melihat proses kelahiran menguasainya, muka suami lagi nampak takut daripada saya yang bakal melahirkan. Rasa nak cubit lengannya masa itu. Bersendirianlah saya semasa melahirkan. Adoi lah suami, bila teringat semula, kami pasti akan ketawa bersama mengingat semula gelengan laju dan riak muka ketakutannya. 😂 #TAPsupermoms #TAPactiveusers
Baca lagi


