1st anak, 1st trimester, takde sickness ok ke?
Sekarang dah 8w. Rasa cramp dgn sore breast je. Ok ke mcm tu? Cramp pun come and go. Sore breast je sampai sekarang tak hilang. Heartbeat tak check lagi. Hari tu scan 7w takde heartbeat lagi #firsttimemom #nomorningsickness
Salam sejahtera, Tahniah atas kehamilan anda! Adalah normal untuk tidak mengalami mabuk pagi atau morning sickness pada trimester pertama kehamilan. Setiap ibu hamil mengalami simptom yang berbeza, jadi jangan risau jika anda tidak mengalami mabuk pagi atau rasa mual. Rasa cramp dan payudara yang sakit adalah antara simptom biasa yang dialami oleh ibu hamil pada trimester pertama. Cramp yang datang dan pergi juga adalah perkara biasa, namun jika anda merasa kesakitan yang teruk atau berterusan, adalah baik untuk berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci. Adalah penting untuk memeriksa denyutan jantung bayi pada masa yang sesuai. Saya mencadangkan untuk membuat temujanji secepat mungkin untuk memeriksa denyutan jantung bayi anda. Jika scan sebelum ini tidak menunjukkan denyutan jantung, jangan bimbang terlalu awal, kerana dalam beberapa kes, denyutan jantung mungkin belum dapat dikesan pada usia kehamilan yang masih awal. Tetapi, adalah penting untuk berbincang dengan doktor anda tentang perkembangan kehamilan anda. Jadi, jangan risau jika anda tidak mengalami mabuk pagi. Namun, adalah penting untuk sentiasa berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat yang tepat dan memastikan bahawa kehamilan anda berjalan dengan lancar. Semoga segalanya dipermudahkan untuk anda dan baby yang dikandung. Teruskan menjaga diri dengan baik. https://invl.io/cll6sd8
Baca lagiSelagi takde spotting/bleeding, severe cramping InshaAllah baik2 saja. Morning sickness ni atas individu. Bukan simptom wajib dalam pregnancy. Saya pun first pregnancy. Alhamdulillah takde lansung morning sickness sampai bersalin. Cousin saya pun sama first pregnancy. Morning sickness dia from early trimester till 2nd trimester. SIL saya pula, both pregnancies dia morning sickness dari early trimester sampai bersalin. Kesian dia. Beberapa kali masuk air dalam wad. Stay positive and enjoy your pregnancy journey!
Baca lagisaya pun awal preg alahan takda tapi bilaa masukje 7/8w mashaa allah alahan mmg stress sampai sekarang sec trim alahan still teruk sampai berat drop🥲 alahan depends pada badan jugak ada yg takda ada yg sec trim ada yg 3rd trim ada yg straight alahan non stop sampai bersalin. selagi takda spotting atau bleeding inshaa allah baby okey jerr jangan stress stress okey🫶🏼
Baca lagibest sis takde alahan...enjoy je.dlm masa sama make sure jaga elok²..kalau dah kena alahan ni,boleh menangis hari² dibuatnya😅 saya 4x prggy..dari anak 1st.. wlpn prggy ke 2&3 gugur..tp tetap kena juga alahan 😅 ni tgh prggy lg yg ke 4..hrp alahan kalini jd best moment slmt smpai bersalin🥰
ok je sis selagi xde bleeding pikir je baik² .. macam saya start tahu ngandung Smpai dah bersalin xde alahan alhamdulillah sekarang baby pun dah 3bulan 🤭 makan je selagi boleh kalau kena alahan semua makanan xboleh masuk ..
Normal rasanya , saya anak first . Alhamdulillah tak ada morning sickness sebab husband yang dapat . Mengidam pun dia . Lebih 3 bulan tak boleh makan nasi , bau2 masakkan pun tak boleh sampai la saya preggy 9mth 🤭
umo sy da 36...1st time ngandung.....kndungan dh 6 week..... rse nk melepek je..normal ke? org ckp bersalin tua pnt... hahaha... Alhamdulillah dikurniakn zuriat...rse x sabar...
normal. setiap orang tak sama
ia normal jika xde morning sickness.. alhamdulilah rezki tu puan sbb dpt mcmtu..kekdg ada certain org ms pregnant husben yg mengalaminya.. mg dpmudahkan segalanya Allahuma aamiin
Perfectly normal, saya pregnant first baby takde craving xde muntah xde mual , as long as ur baby is okay n growing well, Go for ur monthly checkup insyallah okay
sis sama macam saya.. hanya cramp kekadang dgn sakit breast.. kadang konfius betul ke pregnant nie.. sbb kerap kencing pun tkda.. skrang dah 5 week..