Berdosa sangat ke seorang ibu tak dapat breastfeeding?

Sedih, stress, depression semua ada. Memang orang sekeliling kata jangan give up. Tapi saya sendiri yang rasa sakit. Kata jadi ibu kena kuat. Saya pun manusia biasa kadang ada lemahnya. Macam nak give up 😭 tolong 😭 If you dont have any nice words to say please dont comment 🙏🏻

19 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hi sis, saya pun faham feeling tu. sebelum bersalin memang excited sgt belajar pasal breastfeeding, plus kakak2 saya semua bf anak sampai 2 tahun lebih. Bila dah bf sendiri, baru saya tau banyak cabarannya. So happen saya jenis inverted nipple, melecet nipple ni anak latch pedih sgt. pernah pam sampai berdarah, susu jadi pink bercampur darah, sbb tak tau rupanya saya pam kuat sgt. tak selesa rasa melekit2, breast bengkak, penat, sakit pinggang, tak cukup tido/rehat. Anak pun pernah nipple confuse, stress sgt anak menangis mcm kena pukul masa dlm pantang dulu. To be honest, saya mmg tak enjoy breastfeeding. Tapi rezeki saya, susu banyak. Reason saya kuatkan diri, sbb saya tau susu saya banyakk sgt kebaikan untuk anak, pelbagai rasa ikut apa yg saya makan, dan bonding moment masa menyusu tu, anak excited sgt nak menyusu dan pandang tepat kat mata saya. bila dia lena kenyang lepas menyusu tu, Allah, cair hati saya. Memang tak mudah nak bf ni, sebab tu saya dah tak sceptical dgn ibu yg pilih untuk tidak bf. memang perlukan komitmen ibu untuk makan berkhasiat, happy, disiplin, jaga emosi untuk hasilkan susu mencukupi untuk anak. You do you sis. At the end of the day, mental health kita pun penting untuk besarkan baby. Kuatkan diri pilih the best option for you and baby. If penat, take a break, and dont give up. Insha Allah moga ada ganjaran di sana untuk kita para ibu yg berusaha sebaiknya untuk diri dan anak kita insha Allah ❤️

Baca lagi
VIP Member

puan jgn bersedih ya. Setiap org ada dugaan nya. Puan tak perlu pedulikan Sgt apa org sekeliling cakap..Puan boleh je bagi susu formula sepenuhnya tiada apa masalah pun. Asalkan baby sihat ,Kenyang Dan 😊 happy. Mungkin puan ada masalah dengan direct feeding takpe boleh ikhtiar lain. Jgn stress sebab puan kene jaga baby. Penjagaan baby perlu dalam keadaan tenang Dan positif. Puan tahu tak ..Saya ni anak angkat..dari lahir saya sudah diberikan kepada mama saya..mama saya ni tak boleh mengandung faktor umur..saya ni puan dari baby diberi sepenuhnya susu formula dari hari pertama lahir tau. Elok je beso sekarang siap kawin ade anak heheheh 😃. Jadinye puan jgn risau ok. Mulut org kite takleh nak control. kite control emosi kite sudah. Kite happy baby happy..semua sihat..jgn bersedih ya puan. 😘

Baca lagi
TapFluencer

betul ckp mom lain. tak berdosa. cuma awk juga kena usaha sehabis baik. jika mmg dah tak boleh, tak apa. bg fm no prob, as long as baby sihat. ur baby need a happy & stress-free mom. kalau nk paksa diri bf baby & awk stress sampai takda mood dgn baby, marah2 baby, kesian diri awk & baby. mcm sy mula2 pun tak boleh bf baby sbb jenis inverted nipple. murung sgt nangis non stop sbb rasa jd ibu yg gagal. tp sy cuba juga sbb mcm mana pun mmg nk baby dpt susu sy even sikit. so sy pakai nipple shield & nipple puller. tiap kali nk bf la kena guna alat2 ni. tp sy ok je tak rasa leceh sbb at least baby dpt susu sy. mana2 cara, bf ke fm, awk masih ibu hebat. awk lahirkan khalifah kt bumi Allah ni, ramaikan umat Nabi SAW. jgn rasa awk gagal, jgn rasa berdosa. ur mental health is important too.

Baca lagi

Awak bukan keseorangan sis.. sy pun meroyan² sbb terlalu penat mental & fizikal.. dah la sy ni ada mcm² penyakit sblm ni.. bila start period bulan 3 tu, susu sy dah start drop dah sbb xleh nak jaga mkn.. penat terlampau. Puting sy jenis terlampau besar, anak xsabar nak cepat je susu tapi xmuat mulut dia.. susu plk keluar jenis memancut smp basah muka ngan badan anak.. kesian dia naik ruam susu pulak.. sy pam tp sakit pulak puting smp merekah & melecet.. sy dah redha je skrg kalau bekalan susu xcukup, sy bg je susu formula. Sy dpt support dari husband& family pun selalu je rasa down.. kami kerja bhgian kesihatan tp xpaksa diri pun untuk bf anak kalau dtg kemudaratan pada ibu sbb nt efek kat anak..

Baca lagi

tak berdosa pon kalau awk tak teruskan penyusuan susu ibu. lebih baik awak buat benda yg awak tak stress dn awak enjoy benda tu. awak dh buat yg terbaik okay🌻. apa pon pilihan awak, awak adalah mommy yg hebat❤️. tak perlu dgr ckp org keliling. sebab awak lebih tahu condition badan awak macam mana. apa2 pilihan mommy pasti nak yg terbaik utk anak dia🥰 tak semestinya kalau baby tak directfeed dia xbonding dgn kita. mcm sy masa baby 1st dulu. baby nipple confuse xnk directfeed. dia minum susu bdn melalui btol. elok je dia bonding dgn sy smpi skrg usia dia nk masok 2tahun dh. manja bukan main lg ada la. nk tido pon kena ada sy. so jgn stress okay ❤️

Baca lagi

Saya pernah mengalami keadaan seperti awak. Saya tahu perasaan awak. Depress sedih . Sering banding kn dgn org sekeliling yang boleh BF dgn senang . Lama kelamaan saya dah penat dgn perasaan stress. Saya redha. Saya pujuk hati saya. Allah x akan uji saya sebegini sekiranya saya x mampu. Saya pujuk hati saya. Allah tahu yang terbaik utk saya. Saya betul2 letakkn semua nya dgn allah. Lama kelamaan saya ok. Saya teruskn FM. Kini ank saya sudah 1 thn 5 bulan. Alhamdulillah sihat wal afiat. Bijak dan cepat faham. Kamu adalah org yang terpilih dan hebat. Insha allah kamu bole melalui nya .abaikan sekeliling. Abaikan keadaan yang boleh merosakkan perasaan dan kesihatan.

Baca lagi

Awak sorg ibu yg kuat. Jangan paksa diri klu kita memang dah tak mampu. Takde masalah bagi fm pada anak. Tak berdosa pun. Kita kena set dalam fikiran bahawa breastfeeding ni bukan satu pertandingan di kalangan ibu2. Susu sapa paling meriah, susu sapa paling banyak, anak sapa paling gemuk dan sebagainya. Perjuangan kita sebagai seorang ibu tak terletak pada bf semata2. Apa org nak cakap, abaikan. Awak tahu apa yg terbaik untuk awak dan awak sahaja yg tahu apa yg terbaik untuk anak awak. Hugs 🌹

Baca lagi

Sorry sis. Knp sakit ya? Kalau baby hisap sampai luka, boleh cuba pakai nipple shield. Kalau tak pun, boleh guna pam susu. Tapi kalau sis rasa tekanan/penat sgt sbb bf atau slalu bengkak susu & demam, boleh je henti bf, bg susu formula. Ya byk yg akan komen termasuk doktor, dengar la saje. Sy tak bagi direct latching sebab puting sy besar. Pakai nipple shield, susu keluar terlalu cepat pulak. Akhirnya saya exclusive pumping sj. Lepas 5 bulan, tak thn dah. Susah nk pam waktu kerja, stress kerja lg.

Baca lagi
1y ago

Ya, sy bagi formula waktu mlm dan utk top up lepas bg expressed breast milk. EP mum kalau boleh kena ada lebih dari satu set accessories breast pump. Penat kalau kena cuci lepas setiap kali guna. Sy ada 3 set accessories. Part setiap 3 jam bengkak susu ni, kalau btul sis nak kurangkan susu, slow2 jarakkan masa pump. Dari 3 jam ke 3 jam setengah utk beberapa hari, then tambah lagi setengah jam sampai sis rasa okay. Kurangkan masa pump susu, setakat pump sehingga selesa sikit tapi breast belum kosong sepenuhnya. Ini biasanya org buat bila nak hentikan susu bdn. Sblum sis hentikan susu bdn, sis boleh cuba buat stock dlm freezer dlu.

I feel u sis.. Anak saya pun tak nak df semua pakai botol.. Ada lah makcik2 bawang cakap tak ready nak jadi mak.. Buat pandai bagi susu tak pandai.. Sedih tapi saya ignore kan semua sebab yang penting anak minum juga susu badan + anak sihat dah cukup bagi saya.. Stay strong sis.. Lain orang lain cara.. Apa penting sekarang ni awak buat je apa yang awak rasa yang terbaik untuk awak n anak awak..

Baca lagi
1y ago

Macam nak cili je kan mulut makcik2 bawang kan.. Tak apa lah... Kita mak muda ni nak kena sabar je masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. Ignore kan je negative vibe diaorang.. Kita stay positive n buat apa yang kita rasa betul untuk anak kita...

buat sehabis boleh.. klu x boleh xpe.. yg pentg kte da cbe.. x salah pn giveup on bf.. dr moody baik awak fokus utk spend quality time dgn anak.. sye dlu rsau anak x bond dgn sye sbb bg fm.. tp alhamdulillah, baby ok je.. sye pun hepi bley layan dye tanpa stress..