Vaccine untuk baby bagus atau tak?

Sebab 50/50 nak ambek ada yang ckp lepas ambek ank sakit itu ini la jadi mcm takot pula, korang share sikit pengalaman!;’)

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

semua vaksin yg disarankan ambil oleh kkm adalah untuk melindungi dari penyakit berjangkit yg serius. kalau dijangkiti anak itu lebih 50/50 untuk pulih. bukan menakutkan tapi itu hakikatnya dan boleh buat pembacaan lebih. kalau yg kata sakit lepas ambil tu, sakit apa? demam ke? apa ke? kena tahu ada kena mengena ke dgn vaksin tu? kajian telah membuktikan semua vaksin ini mmg selamat untuk ambil semasa bayi. bukan di malaysia sahaja tapi di seluruh dunia. kalau nak pengalaman sendiri baby saya mmg ok. setakat dedar lepas vaksin dan lepastu sihat seperti biasa. saya ambil lagi tambahan vaksin seperti rotavirus, salah satu penyakit yg mudah jangkit juga. kebanyakan anak kawan keliling ramai dijangkiti dan paling kurang seminggu masuk hospital. cirit birit teruk sampai lembik baby tu. Alhamdulillah baby saya ok dan moga selamat hendaknya atas izinNya sbb saya dah usaha nak lindungi dia. ada juga kawan saya yg terus reject semua vaksin. dan saya lihat dia selalu update anaknya kerap sangat sakit. jadi bukan juga sbb vaksin. sakit ni kalau mmg tuhan nak bagi, akan sakit juga. jadi terpulang pada kita sama ada nak USAHA atau tak untuk lindungi anak kita

Baca lagi