CAMPURTANGAN MIL

Saya A, wife F. Beza kami 5tahun. Kami kawen raya korban baru ni. Alhamdulillah, sekarang wife pregnant & alahan teruk sampai perlu admit. Doakan wife saya & baby selamat semuanya. Kami tinggal sekali baru 58hari, kurang 2hari sebelum 2bulan. Sebelum jadi bencana yang saya bakal cerita. Ini bukanlah nak buka aib mana2 pihak tapi hanya sekadar perlukan doa dari pembaca agar semuanya selamat & bahagia. . Saya izinkan wife balik ke kampung selama 2minggu. Itupun atas desakan family mertua, alasan wife tak lalu makan & saya sibuk bekerja sampai takda masa. Sekarang (31/10) dah genap 21hari kami berjauhan. 3minggu? Ya, 3minggu kami berjauhan. 2minggu aku izinkan, lagi 1minggu izinkan tanpa kerelaan sepenuh hati. Asbab nak jaga hubungan menantu / mertua aku terpaksa izinkan jugak seminggu lagi tu. Takot jatuh derhaka. Tak rindu ka? Rindu yang bersangatan. Rindu ke wife, rindu ke anak tapi family mertua? Sedaya upaya jauhkan kami. Kalau rindu kenapa tak visit? Cerita dia camni Semalam (30/10) selepas solat asar, aku call MIL. MIL cakap wife makin teruk alahan dan perlu admit. Terus aku call doktor family aku & minta dia sediakan satu bilik d hospital (swasta) dia bertugas. Arahan diterima dengan penuh persediaan. Insurans company aku pun dah dimaklum utk kes ni. Dalam otp tu, MIL & FIL mohon izin bagi wife admit d sana (hospital berdekatan depa). Siap pakej tinggal sana lagi lebih kurang 5minggu. Sampai alahan abes katanya. Terus aku halang dengan cara elok & tertib. Aku cakap akan ambik wife dan terus balik. Walaupun perjalanan sehala tempuh 5jam aku sanggup demi isteri tercinta & anak yang bakal lahir. Awalnya depa terima cadangan aku tapi yang jadi masalahnya bila manusia bergelar MIL FIL ni sibuk ambik tugas ular yang lidahnya bercabang. Jam 8.15 aku call semula MIL & FIL, maklumkan aku dah bersiap utk pickup wife. Dalam jam 1 pagi insyaallah sampai, takpun awal lagi aku kata. Takdan abes cakap, MIL terus buat uturn 180° cakap tak boleh sebab my wife yang takmau pi. Padahal malam sebelumnya aku dah call wife & dia pun dah tak tahan duk rumah family sendiri. Sebabnya d rumah aku, dia dilayan bak puteri tapi d rumah sendiri bak hamba abdi. Semua benda kena settle sendiri walaupun baru mengandung. Kesian kan kena settle basuh baju orang lain, basuh pinggan orang lain. Orang yang dalam rumah tu pemalas ya rabbi, buat bini aku orang gaji pulak dalam rumah sendiri. Aku bertengkar mulut dengan MIL bila dia buat uturn. Aku cakap, MIL takda hak utk halang sebab keutamaan sorang isteri pada suami. Kalau dia xmau pi pun tetap kena ikut sebab aku suami. Kata aku lagi, kalau MIL FIL tak ready nak lepaskan wife aku. Patutnya tak perlu terima pinangan aku dari awal. MIL FIL takda hak nak halang , period! Terus MIL letak phone. Aku call balik on the spot. Takdan bagi salam terus MIL marah. Cakap aku nak rampas anak dia, aku tak berhak dapat anak dia. Aku sibuk, takda masa. Nanti kalau aku amek anak dia balik, dia tak lalu lagi nak makan & takley tido sebab teringat ke MIL FIL. Sekali lagi MIL letak phone & terus dimatikan. Drama sangat! Hampir sejam perjalanan, ayah aku call. Katanya MIL call mak, nanges2 cakap aku otw nak rampas anak dia (padahal aku suami yang sah nak pickup wife yang sah sakit). MIL call suruh mak aku halang aku dari pi, halang dr amek anak dia. Siap menangis merayu. Kalau aku pi jugak, memang takkan dijemput masuk dalam rumah MIL cakap ke mak aku. Memang patut dapat award pelakon drama terbaik MIL aku ni. Ayah pesan, tak perlu teruskan perjalanan. Benda ni tak sepatutnya berlaku sebab memang hak sorang isteri tu atas suami tapi disebabkan kejahilan MIL FIL, aku dihalang. Ayah halang atas alasan kemudharatan yang mungkin akan berlaku kalau aku pi sorang2 sana. Dengan wife tak sihat, MIL yang psycho. SIL yang kuat kepochi & sibuk urusan orang. Jenuh gak nak hadap aku sorang2 nanti. Parents aku bertugas jauh dr rumah. 2jam perjalanan udara, 1jam perjalanan darat baru sampai rumah. Jadinya parents aku xbg pi sebab kalau jadi apa2, susah. Depa jauh nak tolong @ bagi bantuan. MIL dah bising macam2 ke mak tapi mak buat xtau ja kata ayah. Siap kata aku menantu derhaka, tak kenang budi, tak sedar diri & alls. Aku dihalang utk balik sana oleh MIL aku sendiri. Padahal balik sebab nak amek wife utk pi dapatkan rawatan yang bagi aku lebih selesa dan terbaik tapi ugutan yang aku dapat. MIL ugut kalau aku balik jugak, takkan jumpa dah aku dengan wife. Teruk kan? Wife aku pun dah kena brainwash sampai dari guna 'abang sayang' ke saya awak terus harini. Sedih? Sangat sedih. Aku rindukan wife aku. Aku rindukan anak aku. Benda yang bagi aku, patutnya settle antara aku dan MIL tapi sekarang dah libat 2 family bila MIL kaki drama tu call parents aku. Parents aku suruh relax, sabar & biarkan aja MIL psycho tu reda dulu. Nanti bila wife aku rasa nak balik, biar ja MIL yang hantar mcm mana dia amek 3minggu lepas. Kalau MIL halang wife aku? Sedih aku. Sekarang aku dihalang utk balik jenguk wife. Aku call MIL, FIL, BIL, SIL semua tak angkat. Padahal nak tanya condition wife saja. Phone wife pun depa pegang, xbg kami contact. Last contact pagi tadi, itupun ayat wife, 'MIL terasa dengan awak. MIL pesan jangan balik sini. MIL taknak jumpa awak, saya taknak jumpa awak' Saya awak. Sedih? Sedih sangat. Aku terasa hati tapi aku masih kuat. Taknak jadi punca isteri aku jatuh isteri derhaka. Isteri derhaka takkan bau syurga, aku kesian. Sekarang family aku pesan suruh tabah & kuat. Parents aku pesan, kalau dalam 3bulan tak balik jugak, family minta aku failkan nusyuz & campurtangan pihak ke-3 dalam hubungan. Gunakan lafaz taklik waktu akad tu sebagai pembuka jalan. Jika ditakdirkan jodoh kami tak panjang, saman sivil pulak akan dihantar ke MIL FIL atas kes kerugian & saman malu. Plus tuntutan hadhanah bila anak kami lahir nanti. Aku? masih mengharapkan isteri aku selamat kembali ke pangkuan aku. Aku, wife & anak yang bakal lahir kembali dalam hubungan suami isteri tanpa ada anasir luar yang nak rosakkan. Mohon doakan hubungan kami suami isteri tak berakhir dalam tempoh 58hari bersama. Aku mahukan hubungan yang berkekalan sampai ke syurga, takmau sekerat jalan. Sedih sebab sebelum jumpa wife, 7tahun single. Kenal wife 6bulan terus tunang. Mungkin sebab tunang 6bulan saja tak cukup utk aku kenal inlaw aku dengan lebih baik. Doakan kami

CAMPURTANGAN MIL
23 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum semua. Maaf lama tak update kes ni, masih ada yang perasan rupanya. Ingat dah x naik d feed kalian 😅 1st of all, tQ semua yang mendoakan saya & kami. Yang bagi kata2 semangat, yang bagi nasihat & semua. tQ sesangat buat komuniti The Asianparent ni. Alhamdulillah, setelah berkali kali pujuk. Berkali kali minta pejabat agama masuk campur, kawan2 ayah masuk campur, family sebelah isteri masuk campur. Akhirnya isteri pulang semula pada 6 Disember 2019. Setelah 2bulan kami berjauhan. Pulangnya isteri 6hb haritu, dengan kawan rapat saya 2org. Bertiga la kami ke rumah MIL pickup isteri tapi kami disambut dengan muka yg agak masam awalnya tapi disebabkan sorang kawan tu muka 'ustaz', sorang lagi jenis 'pak lawak'. Suasana tegang tu macam reda la sikit. Mungkin berkat hari Jumaat sama. 6hb jugak la kami bertolak balik walaupun tanpa 'redha' sepenuhnya dari MIL. Kenapa saya cakap camni? Sebabnya jelas d muka MIL, dia taknak pun pulangkan isteri. Kalau boleh nak isteri bersama dia d sana. Sepanjang perjalanan, suasana dingin & senyap ja antara kami suami isteri sampai la ke rumah. Isteri nampak tak berapa senyum tapi mujur ada penghibur kawan sorang tu. tQ Man 🥰 Balik ke rumah, saya layan isteri mcm mana kami awal kawen. Saya basuhkan baju semua, saya siapkan tempat tido & semua. Saya jd maid utk isteri malam tu. Semata mata nak raih trust isteri & pupuk balik kasih sayang antara kami. Alhamdulillah, isteri kembali ok. Tapi sat ja saya rasa selesa. Sebab MIL, SIL. Hari2 call, mesej. Macam minta report. Makan apa? Buat apa? Bila nak balik? Rimas sebenarnya. Bagi saya, family in law masih xley terima yg adik/anak depa dah kawen. Kawen lak org jauh, bukan satu negeri. Benda ni berlarutan sampai ke harini. Rimas sangat, mcm kami ni perlu report semua benda ke parents in law.

Baca lagi
4y ago

menangis sya baca.. beruntung nya isteri awak.. moga hubungan korang kekal hingga ke jannah..

Firstly tahniah utk bakal baby yg akan dtg utk tuan dan wife,Allahu sungguh hebat ujian tuan ,sy xberada kt tmpt tuan tp ape yg sy boleh ckp kat sni, tuan teruskann usaha utk pujuk wife tuan kembali ke pangkuan tuan smle dan “senjata” yg perlu dan tersangat laa berguna skg ialah doa.. Allah uji tuan dan wife sbb tuan mampu utk hadapi ujian ni walaupon sy tau tuan semestiye rindu sedey kecewa dengan situasi yg tuan alami skrg,kalau sy di uji speti tuan sy mungkin xmmpu lalui, jadi ape yg boleh sy ckp tuan sorg yg tabah kuat dan positf utk lalui ujian ni, mungkin wife tuan di tgh2 serba slh tp disebabkan ade yg cucuk api api kan so wife pon jd mcmtu, die mungkin trse sbb tu mak die but hakikatye kslham tu bkn dr pihak tuan, papepon sy doakan rumahtangga tuan kembali harmoni bahagia seprti dlu InshaAllah smge tuan dan fmly kuat kuat kuat dan kuat utk hadapi ujian , trust me “disebalik hujan petir ribut ni pasti ade pelangi .” Allah uji sbb Allah syg tuan ,;) smoga Allah permudahkan urusan tuan sekluarga

Baca lagi
5y ago

Hmm sbrye tuan,ape pon yg terjadi tlg kuat dan yakin perancangan Allah tu indah ,ad hikmah stiap pe yg jd cume kite ni xnmpk lgii ;)..ssh nk ckp klo parent in law jnis yg control tlbih ni😂..n nk msuk cmpur ni..sbnrye kes cerai ni byk n slh stu punce adalh fmly cmpur tgn..tp ppe pon kite kn redha klo tu yg ttulis.

Ya Allah dramanya, semoga terbuka la pintu hati fam in law Mr A tu. saya rasa isteri Mr A nak balik kepangkuan suaminya tapi dihalang, mgkin text2 yg Mr A dpt pun bukan dr dia. Boleh jadi kena dera. Kalau dah slow talk pun xboleh juga, saya rasa mmg kena involve dgn pihak ketiga iaitu undang2. Kita ada undang2 syariah islam. Saya cadangkan Mr A masih memberikan nafkah walaupun jauh. Sebab apa2 hal nnt court akan tanya pasal nafkah juga dan dah ada segala bukti Mr A tidak mengabaikan tanggungjawab. Mr A pun sudah berusaha utk dptkan semula hak Mr A dari fam in law. Nak libatkan polis nanti saya rasa buat family in law rasa threaten dan mungkin akan lagi kacau bilau. Tp kalau dah takde pilihan lain... semoga urusan Mr A dipermudahkan ya. Tahniah bakal menjadi bapa yg baik buat isteri dan anak. InshaAllah

Baca lagi

Awk bawak polis untuk escort awk pergi ambik isteri awk. Sy x rasa isteri awk kene brainwash. Sy rasa dia buat mcm tu sbb mungkin dia kena ugut/pukul. Ni pengalaman family kami. Sepupu sy (perempuan) tinggal serumah dgn mertua dan dilayan seperti hamba. Kena pukul hari2 dgn mertua dan suami. Pendek cerita, sepupu sy curi2 minta tolong dgn ayh sy. Si bekas suami salah faham, dia ingt ayh sy kekasih gelap dan telah pukul ayh sy. Jadi, ayh sy bawak 3 kereta (penuh dgn polis) untuk escort dia bawak sepupu sy balik rumah parents dia. Mintak tolong polis untuk escort je. Dah dapat isteri, awk kena hati2. Yg sy risau, mereka sihir awk jadi, kuatkan semangat demi ank dan isteri. Sy doakan awk dapat isteri semula. Panas hati baca kisah awk.

Baca lagi
VIP Member

MasyaAllah.. Ingatkan dalam drama je ada cerita mcm ni. Bersabarlah bro, Allah tu mungkin nak bg pahala dekat awak dgn cara lain. Dekat sini kematangan, kesabaran & bukti kasih syg awak diuji. Pernah dengar kan Allah uji hambanya sesuai mengikut kemampuan hambanya itu? Sy tahu ucapan sabar tu tak kan mampu pulihkan masalah awak skrg.. Tp itu je yg awak boleh buat masa ni. Syukur family awak sgt rational. Gunakan undang2. Boleh saman balik family in law awak tu. Segala bukti whatsapp & voice note simpan. Semoga isteri awak diberi kesedaran & kesempatan utk mohon maaf pd awak. Apa2 pun semoga Allah permudahkan segala urusan awak ni.

Baca lagi

Allahu.. smoga terus kuat tabah dgn ujian tajpa. Sy faham apa yang awk rasa. Itu tindakan tepat. Awk suami, awk patut rse lebih bertgungjwb. Tp ssh ad mil n fil mcmtu. Haa. Mcm2kes kat mahkamah sbb campurtangan family in law in. Susah.sbb depa jenis yg bermuka2, n suka ikut kepala depa.. hmm takpa. Tahniah, jaga istri baik2 ya. Moga dpermudhkn urusann. Amin ya allah

Baca lagi

Confius lk.. xleh ke slow talk dgn mil n fil... kdg2 nk ambil hati kena pujuk n bodek mil n fil dlu. Minta maaf byk2 klau ad slh silp mntau pe yg kita wt d org xsuka.. tertgi suara ke mungkin bini pn rasa mcm xhormt family dia. Tp klau x pun hrp kamu tbh n terus berdoa agr dilembutkn hati mereka.. menangi hati isteri sbb ada ank. Pembawaan bdk mmg mcm tu emosi.

Baca lagi

Ada lagi mertua macam ni.. Ingatkan dalam drama dan hanya la rekaan manusia. dah family in law mcm tu, tak kasi jumpa ke apa, mybe mereka risau "tak boleh jaga anak dia sebaiknya" mybeee.. Cadangan saya, kirim la apa², mcm beli pakaian isteri ke then pos sebagai tanda nafkah. Buat masa sekarang, berdiam dahulu. Dan Istighfar la.. Semoga ada jalan..

Baca lagi

Isteri awk untung. Awk syg dia. Ada suami ni haa xnk syg. Benci mncarut kat sy everyday. Even bkn salah sy pon kena bole kena maki hamun. Nak nak org lain buat dia, abis la sy. Wlaupon sy nk ajak makan, boleh kena maki😭 Lain org lain nasib dia Semoga awk dan isteri ada penyelesain yg baik. Ada urusan org ketiga mmg susah. Berdoa lah ye

Baca lagi
5y ago

Tapi da tak tahan kena pukul😭 sakit. Sabar je la 😭

Ya Allah sedihnya saya baca. Sudah tentu sebagai suami awak ada hak sepenuhnya terhadap isteri. Sy hrp sgt dpt penyelesaian terbaik. Awak bnyk berdoa kpd Allah. Solat hajat setiap hari.. Sy pasti ada jalan keluar.. Ya fattah.. Ya razzaq.. Ya haliim.. Ameen YRa. Stay strong saudara!