CAMPURTANGAN MIL

Saya A, wife F. Beza kami 5tahun. Kami kawen raya korban baru ni. Alhamdulillah, sekarang wife pregnant & alahan teruk sampai perlu admit. Doakan wife saya & baby selamat semuanya. Kami tinggal sekali baru 58hari, kurang 2hari sebelum 2bulan. Sebelum jadi bencana yang saya bakal cerita. Ini bukanlah nak buka aib mana2 pihak tapi hanya sekadar perlukan doa dari pembaca agar semuanya selamat & bahagia. . Saya izinkan wife balik ke kampung selama 2minggu. Itupun atas desakan family mertua, alasan wife tak lalu makan & saya sibuk bekerja sampai takda masa. Sekarang (31/10) dah genap 21hari kami berjauhan. 3minggu? Ya, 3minggu kami berjauhan. 2minggu aku izinkan, lagi 1minggu izinkan tanpa kerelaan sepenuh hati. Asbab nak jaga hubungan menantu / mertua aku terpaksa izinkan jugak seminggu lagi tu. Takot jatuh derhaka. Tak rindu ka? Rindu yang bersangatan. Rindu ke wife, rindu ke anak tapi family mertua? Sedaya upaya jauhkan kami. Kalau rindu kenapa tak visit? Cerita dia camni Semalam (30/10) selepas solat asar, aku call MIL. MIL cakap wife makin teruk alahan dan perlu admit. Terus aku call doktor family aku & minta dia sediakan satu bilik d hospital (swasta) dia bertugas. Arahan diterima dengan penuh persediaan. Insurans company aku pun dah dimaklum utk kes ni. Dalam otp tu, MIL & FIL mohon izin bagi wife admit d sana (hospital berdekatan depa). Siap pakej tinggal sana lagi lebih kurang 5minggu. Sampai alahan abes katanya. Terus aku halang dengan cara elok & tertib. Aku cakap akan ambik wife dan terus balik. Walaupun perjalanan sehala tempuh 5jam aku sanggup demi isteri tercinta & anak yang bakal lahir. Awalnya depa terima cadangan aku tapi yang jadi masalahnya bila manusia bergelar MIL FIL ni sibuk ambik tugas ular yang lidahnya bercabang. Jam 8.15 aku call semula MIL & FIL, maklumkan aku dah bersiap utk pickup wife. Dalam jam 1 pagi insyaallah sampai, takpun awal lagi aku kata. Takdan abes cakap, MIL terus buat uturn 180° cakap tak boleh sebab my wife yang takmau pi. Padahal malam sebelumnya aku dah call wife & dia pun dah tak tahan duk rumah family sendiri. Sebabnya d rumah aku, dia dilayan bak puteri tapi d rumah sendiri bak hamba abdi. Semua benda kena settle sendiri walaupun baru mengandung. Kesian kan kena settle basuh baju orang lain, basuh pinggan orang lain. Orang yang dalam rumah tu pemalas ya rabbi, buat bini aku orang gaji pulak dalam rumah sendiri. Aku bertengkar mulut dengan MIL bila dia buat uturn. Aku cakap, MIL takda hak utk halang sebab keutamaan sorang isteri pada suami. Kalau dia xmau pi pun tetap kena ikut sebab aku suami. Kata aku lagi, kalau MIL FIL tak ready nak lepaskan wife aku. Patutnya tak perlu terima pinangan aku dari awal. MIL FIL takda hak nak halang , period! Terus MIL letak phone. Aku call balik on the spot. Takdan bagi salam terus MIL marah. Cakap aku nak rampas anak dia, aku tak berhak dapat anak dia. Aku sibuk, takda masa. Nanti kalau aku amek anak dia balik, dia tak lalu lagi nak makan & takley tido sebab teringat ke MIL FIL. Sekali lagi MIL letak phone & terus dimatikan. Drama sangat! Hampir sejam perjalanan, ayah aku call. Katanya MIL call mak, nanges2 cakap aku otw nak rampas anak dia (padahal aku suami yang sah nak pickup wife yang sah sakit). MIL call suruh mak aku halang aku dari pi, halang dr amek anak dia. Siap menangis merayu. Kalau aku pi jugak, memang takkan dijemput masuk dalam rumah MIL cakap ke mak aku. Memang patut dapat award pelakon drama terbaik MIL aku ni. Ayah pesan, tak perlu teruskan perjalanan. Benda ni tak sepatutnya berlaku sebab memang hak sorang isteri tu atas suami tapi disebabkan kejahilan MIL FIL, aku dihalang. Ayah halang atas alasan kemudharatan yang mungkin akan berlaku kalau aku pi sorang2 sana. Dengan wife tak sihat, MIL yang psycho. SIL yang kuat kepochi & sibuk urusan orang. Jenuh gak nak hadap aku sorang2 nanti. Parents aku bertugas jauh dr rumah. 2jam perjalanan udara, 1jam perjalanan darat baru sampai rumah. Jadinya parents aku xbg pi sebab kalau jadi apa2, susah. Depa jauh nak tolong @ bagi bantuan. MIL dah bising macam2 ke mak tapi mak buat xtau ja kata ayah. Siap kata aku menantu derhaka, tak kenang budi, tak sedar diri & alls. Aku dihalang utk balik sana oleh MIL aku sendiri. Padahal balik sebab nak amek wife utk pi dapatkan rawatan yang bagi aku lebih selesa dan terbaik tapi ugutan yang aku dapat. MIL ugut kalau aku balik jugak, takkan jumpa dah aku dengan wife. Teruk kan? Wife aku pun dah kena brainwash sampai dari guna 'abang sayang' ke saya awak terus harini. Sedih? Sangat sedih. Aku rindukan wife aku. Aku rindukan anak aku. Benda yang bagi aku, patutnya settle antara aku dan MIL tapi sekarang dah libat 2 family bila MIL kaki drama tu call parents aku. Parents aku suruh relax, sabar & biarkan aja MIL psycho tu reda dulu. Nanti bila wife aku rasa nak balik, biar ja MIL yang hantar mcm mana dia amek 3minggu lepas. Kalau MIL halang wife aku? Sedih aku. Sekarang aku dihalang utk balik jenguk wife. Aku call MIL, FIL, BIL, SIL semua tak angkat. Padahal nak tanya condition wife saja. Phone wife pun depa pegang, xbg kami contact. Last contact pagi tadi, itupun ayat wife, 'MIL terasa dengan awak. MIL pesan jangan balik sini. MIL taknak jumpa awak, saya taknak jumpa awak' Saya awak. Sedih? Sedih sangat. Aku terasa hati tapi aku masih kuat. Taknak jadi punca isteri aku jatuh isteri derhaka. Isteri derhaka takkan bau syurga, aku kesian. Sekarang family aku pesan suruh tabah & kuat. Parents aku pesan, kalau dalam 3bulan tak balik jugak, family minta aku failkan nusyuz & campurtangan pihak ke-3 dalam hubungan. Gunakan lafaz taklik waktu akad tu sebagai pembuka jalan. Jika ditakdirkan jodoh kami tak panjang, saman sivil pulak akan dihantar ke MIL FIL atas kes kerugian & saman malu. Plus tuntutan hadhanah bila anak kami lahir nanti. Aku? masih mengharapkan isteri aku selamat kembali ke pangkuan aku. Aku, wife & anak yang bakal lahir kembali dalam hubungan suami isteri tanpa ada anasir luar yang nak rosakkan. Mohon doakan hubungan kami suami isteri tak berakhir dalam tempoh 58hari bersama. Aku mahukan hubungan yang berkekalan sampai ke syurga, takmau sekerat jalan. Sedih sebab sebelum jumpa wife, 7tahun single. Kenal wife 6bulan terus tunang. Mungkin sebab tunang 6bulan saja tak cukup utk aku kenal inlaw aku dengan lebih baik. Doakan kami

CAMPURTANGAN MIL
23 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Confius lk.. xleh ke slow talk dgn mil n fil... kdg2 nk ambil hati kena pujuk n bodek mil n fil dlu. Minta maaf byk2 klau ad slh silp mntau pe yg kita wt d org xsuka.. tertgi suara ke mungkin bini pn rasa mcm xhormt family dia. Tp klau x pun hrp kamu tbh n terus berdoa agr dilembutkn hati mereka.. menangi hati isteri sbb ada ank. Pembawaan bdk mmg mcm tu emosi.

Baca lagi