luahan hati
saya umur 20 , suri rumah , anak 1 . time umur 18 saya dapat matriks 1 tahun pengajian (2sem) tapi cuma habis 1 sem . lagi 1 sem saya tak habiskan . then saya kawin dan dapatla anak sorang . cuma tulah , diusia muda ni kan rasa menyesal pula tak habiskan study matriks . sebab apa , orang perempuan ni first sekali orang pandang pendidikan dia . kedua , kau kerja apa . paling paling pun kalau jadi suri rumah yang berpendidikan orang pandang jugak . tapi ni apa pun takde memang orang pijak pijak je kan . saya ada niat nak sambung belajar fully online under oum . tapi saya belum mampu . saya tak bekerja jadi saya takut suami tak mampu . saya pernah berbincang dengan suami . dia pun cakap takut tak mampu nak tanggung kos belajar saya nanti walaupun boleh mohon ptptn . tapi saya jugak ada part time beberapa hari sebelum ni , jadi admin . kerja ni dah okay dah . dekat jugak dengan rumah saya , jalan kaki pun boleh . kerja pun bulan puasa ni cuma 5-6jam . tapi tulah , anak saya 6bulan lebih dah tapi dia fully bf . aritu cuba sulamkan dia dengan fm tapi tulah meragam je pulak kena tinggal tambah lagi dia nak tumbuh gigi . memang mak saya pun tak larat nak jaga katanya . saya pun takut pulak akak tu tak suka cara kerja saya sebab ada anak kecik ni tak dapat nak bagi full komitmen biarpun tempat kerja dekat je . selain tu , saya pun ada mohon kerja full time as a clinic assistant . harini patut interview . tapi saya batalkan niat saya sebab yelahh kerja part time pun saya tak mampu bagi komitmen apatah lagi kerja CA yang ada shift tu nanti . lagilah kelaut kan 🥹 niat asal saya sebenarnya nak kerja sekejap je untuk cari duit daftar belajar tu lah . tak banyak pun yg saya perlukan untuk daftar tu sebab yang lain lain kos nanti saya boleh mohon ptptn dan semestinya beberapa tahun kedepan saya akan kerja sebab anak dah besar kan jadi saya takda masalah untuk bayar ptptn tu semula . tapi takpelah mungkin ada rezeki lain untuk saya . saya akan kembali jadi SAHM sepenuhnya sahaja lepas ni . tunggu anak besar sikit la nanti kan . hati ni jeles sebenarnya tengok kawan kawan dah habis stpm , dah separuh perjalanan degree dorang sedangkan kita ni hah kena mula diploma balik sebab tak habis matriks . sungguh ruginyaa rasa dalam hati ni . terima kasih ibu ibu semua sudi baca luahan hati saya . doakan family saya murah rezeki selalu . saya juga doakan kalian semua murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan . selamat berpuasa semuaa 🤍 #firstmom #Needadvice