Saya tak guna FPP atau bayar² lebih, but i got the best service from HTAR! Rasa macam bersalin di Hosp swasta pula!
Around 12pm pergi PAC sebab ada keluar lendir + darah.
Alhamdulilah proses daftar tak lama, semuanya cepat je.
Time ni, memang masuk lenggang bawa fon n buku pink je. Takyah bawa banyak² barang. Nanti barang² tu suruh suami hantar kat wad kalau warded.
Husband tunggu luar jadi runner pergi kaunter pendaftaran untuk daftar masuk apa semua. 2 kali kena pergi. 1 daftar masuk PAC 1 lagi daftar masuk wad.
Around 3pm dah ada atas katil wad dah. Hehe.
Tapi waktu melawat di HTAR : 12.30PM - 2.00PM & 4.30PM - 7.30PM.
So, mesej bgtau suami terus tunggu 4.30pm je la masuk melawat. Time ni baru la suami bawa barang² sikit.
Nurse dan doktor bagus. Sentiasa alert dengan keadaan patient. Sedangkan waktu tu, Sabtu. Nurse mesra. Xda marah². Baik sangat². Wad pun bersih dan keadaan selesa. Yang part takda aircond tu pun okey je sebab kipas memang power betul. Yang paling penting, wad tak crowded. Masa duduk dalam was tu, kejap² nurse datang monitor. Terharu sangat rasa. Masuk toilet pun, nurse datang jenguk.
Dalam LR pun ramai nurse bidan, suami kata.
Suami boleh masuk LR. Nurse call suami suruh datang.
Bayi saya disambut oleh doktor pelatih. Alhamdulilah walaupun pelatih, nampak kompeten. Proses dalam LR pun sangat cepat dan efisien.
Dah habis bersalin, masuk wad balik. Makin selesa wad kali lepas bersalin ni. Ber-Aircond! Nurse pun peramah dan sangat membantu. Ada orang katil depan saya bersalin czer, takut nak bangun jalan g toilet, nurse bantu pimpin masuk toilet sampai selesai. MasyaAllah Tabarakallah besar pahala mereka.
Proses discharge pun sangat bagus dan cepat. Ada seorang nurse tu bagus betul terang one by one dengan begitu jelas macam mana nak isi borang² dan dokumen². Lepas suami selesai urusan bayaran di kaunter, nurse terang lagi kat suami step by steps yang perlu dilakukan untuk buat surat beranak apa semua.
Alhamdulilah syukur!
Ini pengalaman ke-2, better than pengalaman 1. Mungkin pengalaman 1 tu masa PKP so SOP hosp jadi lain.
Yang kali ini, mwmang padu!
Kalau ada 1-10 bintang, saya bagi 10 bintang untuk layanan dan servis!
"Hospital kerajaan level hospital Swasta! 🏥
Julai 2024
Anonymous