Makanan berpantang ibu czer

Hi, saya sudah selamat melahirkan bayi lelaki pada 29/2 yang lepas secara emergency czer. Harini hari yang ke-13 saya berpantang. Boleh tak ibu2 czer share dekat sini menu berpantang khas untuk yang bersalin czer? Saya hari yang ke-13 ni baru dah start jemu makan benda sama 😂

4 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sy bersalin czer 25/2. Sy enjoy je makan apa sahaja nk makan..mentua Sy siap hidang rendang daging,ayam masak merah,daging dengdeng,sate ayam,ayam masak kicap etc .menu yg tipikal pantang tu jarang sgt dia masakkan smpai Sy yg kena request nk ikan bakar ke apa ke😅dia ikut cara arwah nenek jaga dia pantang zman dlu dlu masak je menu apa sahaja..jgn bg ibu lepas beranak stress..

Baca lagi

Hye sis… Saya pengalaman 2x czer… Bab makanan takda menu khas sis… Makan ja apa yang boleh makan selagi sis takda alahan dengan makanan tu… Saya berpantang dikampung alhamdulillah mak n kakak2 saya jenis tak old school sangat dorang open minded boleh ja makan apa2 as long as tak mudaratkan kesihatan… But better makan nasi, banyakkan sayur, buah n air putih…

Baca lagi

Saya pun czer juga masa 14/02.Saya makan jer apa saya nak makan,lagi pun berpantang sendiri dgn suami kat rumah.So takde yg nak masakkan,cuma saya elakkan makan telur jelah,tu bagi sayalah sebab takut ada effection kat jahitan area dlm,kalau kat luar dah sembuh.Dlm jer belum sembuh sepenuhnya.

sy pon emegency czer. harini hari ke 40. kalau ikotkn jgn mkn bnde yg sis allergic je la ikot pengalaman sy. sy hari ke 30 da bantai semua sbb da bosan.