Dilema anak dah mula bersekolah
Saya sebenarnya risau bila anak dah masuk sekolah, kadang nak dengar cerita anak pun jadi susah sebab kita takde dalam situasi tu. Contoh anak cerita dia kena tendang dengan kawan, tanya cikgu pun cikgu tak perasan. Jadi saya ambil jalan nasihat dia jangan tendang kawan. Kes kedua pula, pembantu tadika picit anak. Entah nak percaya ke tidak pun tak tahu, pun saya mampu nasihat anak untuk bagitahu cikgu kalau dicubit dan jaga tingkahlaku. Ibubapa dalam TAP akan buat apa sekiranya benda ni berlaku? Ini anak sulung saya, jadi sangat perlukan pandangan dari ibubapa berpengalaman.