Kemurungan keguguran

Saya rasa saya kemurungan selepas keguguran, mcm mana ibu ibu disini handle kemurungan. Saya nampak normal, tp kalau saya sorang2 saya akan sedih dan tertekan. kadang kadang tiba2 menangis, rasa sunyi, rasa mcm beban 😭#firstbaby #pleasehelp #bantusharing

13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya keguguran 3 bulan lepas, memang kritikal asyik nangis je then saya stress saya uninstall apps ni and pregnancy apps lain. Pastu saya cuba untuk pregnant cepat cepat beli opk lah ape lah. pastu sebulan dua saya macam dah boleh terima hakikat saya dah tak check OPK dah tak check UPT. Tapi time ni suami memang kene bagi tumpuan kat bini sikit. And then Alhamdulillah, saya pregnant balik semua 3 months after that. So key dia, takpe nak sedih jangan jadikan tu beban sebab perasaan tu normal and kene iktiraf kesedihan tu cuma cuba jugak fight bila dah sebulan sedih kene fight untuk buat buat busy untuk tak fokus sangat pada kesedihan tu. maybe dengan cari hobi baru. And ingat normal je rasa sedih sape tak sedih baby first. #sayapungugurbabyfirst

Baca lagi