Kepercayaan? Saja kongsi

Saya pregnant 7 bulan, orang dah nampak perut dan mula tahu. Bermulalah katakata seperti: 1) Suami potong rambutsebab dah serabai lepastu ada orang kata 'kau potong rambut nanti anak kau tak tumbuh rambut, botak, kesian anak' 2) 'Jangan senduk nasi nampak kesan macam lubang atau tak rata nanti lubangkemaluan tu berulat, kau tu perempuan susah nak beranak baby taknak keluar baru tau' 3) 'Ni nak pesan awalawal. Takyah scan nanti, bazir duit je. Semua tu Allah yang cipta kejadiaannya, kita takyah sibuk nak ambil tahu jantina ke ada masalah ke tak. Bukan boleh percaya sangat pun, buat bahaya baby je' 4) 'Takyah merancang tau, kalau lekat tu rezeki, tak lekat takpe, tapi takyah rancabg, biar anak ramai, orang dulu elok je takde duit ke rezeki, anak ramai sihat je' 5) 'Jangan jahit bajulah, nanti beranak susah' 6) 'Perut kecil ni, makan herba, nanti baby keluar tak sihat, kecil, tak cukup itu ini baru tahu, makanlah banyak sikit, tak jaga kandungan ke, kesian nanti baby Saya ni jenis tak dididik dengan kepercayaan orang duludulu sebab saya dari broken family. Tapi saya cuba hormat dan ikut apa dikata hanya untuk jaga hati mereka, sebab yang kata tu pun family suami/sedara mara saya. Tapi kadangiadang rasa sensitif dan nak marah pula bila membabitkan baby macam kata baby tak cukup sifat nanti. Saya rasa nqk mengamuk je tapi sabar. Kadang rasa nak gelak dengar pun ada. Kadang rasa stress sebab banyak betul pantang larang. Kadang satu hari saya ke kk duduk lama atau japan jauh ariari saya sampai ke perut sakit sangat, baring pun memang terasa sakit, contoh tukar posisi baring dari kiri ke kanan pun sakit, jadi saya akan banyak baring dan rehat selepas tu supaya esok sakit tu hilang, kalau tak akan makin teruk, tapi dikata pula nanti anak saya pemalas, lembik sebab saya tak tahan sakit dll. Saya cuba nak lari dan jauhkan diri sekejap dari mereka sebab kesian pada baby ibunya asyik nangis. Tapi suami sabgat rapat dengan family dia dan hampir harihari kena jumpa, kalau boleh nak suruh duduk serumah dengan mereka tapi saya bagi alasan ada suami kakak ipar saya, tak manis dan susah jaga aurat, tapi mereka suruh pindah ke rumah sewa sebelah rumah/berdekatan. Suami saya marah juga dengan yang kata macammacam sebab dia tahu saya jenis macam mana, tapi dia takdelah buat apa, cuma tenangkan saya bila berdua. Okaylah dia faham, sebabnya dulu pun dia ik7t menangkan kepercayaan yang orang kata tu, lepas saya explain nampaklah perubahan suami. Cuma terngiang ngiang katakata orang tu, dah cuba abai tapi kadang rasa geram nak pertahankan diri

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan