โœ•

Kepercayaan? Saja kongsi

Saya pregnant 7 bulan, orang dah nampak perut dan mula tahu. Bermulalah katakata seperti: 1) Suami potong rambutsebab dah serabai lepastu ada orang kata 'kau potong rambut nanti anak kau tak tumbuh rambut, botak, kesian anak' 2) 'Jangan senduk nasi nampak kesan macam lubang atau tak rata nanti lubangkemaluan tu berulat, kau tu perempuan susah nak beranak baby taknak keluar baru tau' 3) 'Ni nak pesan awalawal. Takyah scan nanti, bazir duit je. Semua tu Allah yang cipta kejadiaannya, kita takyah sibuk nak ambil tahu jantina ke ada masalah ke tak. Bukan boleh percaya sangat pun, buat bahaya baby je' 4) 'Takyah merancang tau, kalau lekat tu rezeki, tak lekat takpe, tapi takyah rancabg, biar anak ramai, orang dulu elok je takde duit ke rezeki, anak ramai sihat je' 5) 'Jangan jahit bajulah, nanti beranak susah' 6) 'Perut kecil ni, makan herba, nanti baby keluar tak sihat, kecil, tak cukup itu ini baru tahu, makanlah banyak sikit, tak jaga kandungan ke, kesian nanti baby Saya ni jenis tak dididik dengan kepercayaan orang duludulu sebab saya dari broken family. Tapi saya cuba hormat dan ikut apa dikata hanya untuk jaga hati mereka, sebab yang kata tu pun family suami/sedara mara saya. Tapi kadangiadang rasa sensitif dan nak marah pula bila membabitkan baby macam kata baby tak cukup sifat nanti. Saya rasa nqk mengamuk je tapi sabar. Kadang rasa nak gelak dengar pun ada. Kadang rasa stress sebab banyak betul pantang larang. Kadang satu hari saya ke kk duduk lama atau japan jauh ariari saya sampai ke perut sakit sangat, baring pun memang terasa sakit, contoh tukar posisi baring dari kiri ke kanan pun sakit, jadi saya akan banyak baring dan rehat selepas tu supaya esok sakit tu hilang, kalau tak akan makin teruk, tapi dikata pula nanti anak saya pemalas, lembik sebab saya tak tahan sakit dll. Saya cuba nak lari dan jauhkan diri sekejap dari mereka sebab kesian pada baby ibunya asyik nangis. Tapi suami sabgat rapat dengan family dia dan hampir harihari kena jumpa, kalau boleh nak suruh duduk serumah dengan mereka tapi saya bagi alasan ada suami kakak ipar saya, tak manis dan susah jaga aurat, tapi mereka suruh pindah ke rumah sewa sebelah rumah/berdekatan. Suami saya marah juga dengan yang kata macammacam sebab dia tahu saya jenis macam mana, tapi dia takdelah buat apa, cuma tenangkan saya bila berdua. Okaylah dia faham, sebabnya dulu pun dia ik7t menangkan kepercayaan yang orang kata tu, lepas saya explain nampaklah perubahan suami. Cuma terngiang ngiang katakata orang tu, dah cuba abai tapi kadang rasa geram nak pertahankan diri

21 Balas

Sis anak ni kurnian tuhan dan bukan kita yg merancang. Yg perlu jg makanan sihat jika mampu, dan lbh dari segalanye ialah doa bg bayi sempurna, kesihatan baik dan akhlak yg bgs utk membawa keberkatan bersama dunia akhirat berjaya di jln benar. Org dulu bukan semuanye karut cuma zaman mereka lain zaman kita lain. Skrg ni kita zaman teknology dan mereka pula zaman berpengalaman tp bukan setiap pengalaman blh dipercayai. Kita budak tdk mahu cederakan org tua, sbb ada adab. Peduli kan kata yg tak logic dan yakin lbh pada takdir yg diberi oleh tuhan. Usah pikir sgt smp tertekan atas pandangan org lain.Jika tak serasi senyum aje dan jgn gado jgn berdebat sbb kdg tak siapa nak mengalah atas kepercayaan mereka. Jika blh doakan utk mereka dan jaga silatulrahim tanpa berbahas walau sis tahu kebesaran tuhan dan rancangannye akan tetap jd atas kemahuannye dan bukan pada kata kata manusia.If posible rasa emotion terus move away dgn senyum dari tempat itu utk elakkan pemikiran yg tak patut..move silently and change topic. Tak guna berbahas pada yg tak reti..sis bertawakal dan cuba bahagia sentiasa. Insha allah semoga dipermudahkan

yg sakit perut tu,sme la mcm sye..nk bergerak sakit..mlm x dpt tidur sbb menahan sakit pinggang,sakit perut...dr ngiring kiri nk ke kanan je pun rasa sakit...tp klu tak tukar posisi,bahu pun sakit sbb tertindih lama...baring telentang pun sakit..semua serba tak kena...sampai x bole tidur..tambah pulak ulang alik bilik air sbb nk kencing setiap 5 minit...tahan sakit pinggang,sakit perut,g kencing..mlm x tidur.. pastu tertidur biasa lepas subuh..suami pulak kacau kita tidur..x elok tidur siang2..nnti baby kena kuning sbb maknye tidur je... rasa nak nangis.. dia malam sedap mengorok tidur lena..kita x dpt tidur..bila kita nk tidur dikacau nya kita...rse fed up sgt2...kdg tak tahan tu terus mengamuk menangis macam budak kecik x dpt gula2..๐Ÿ˜ข

TapFluencer

Sis, saya cuma boleh cakap satu je saya pernah dipression disebabkan mulut-mulut orang yang keluarkan kata-kata macam ni. Saya jadi stress sangat-sangat bila ada petua mengarut orang dulu-dulu yang macam ni. Antaranya lagi tak boleh tido siang lepas beranak nanti takut bentan. Tak boleh minum air kosong banyak nanti takut rahim kembang. Semua petua mengarut tu saya buang jauh-jauh takut ada antaranya kalau kita ikut atau terlalu percaya bukan hanya boleh merosakkan badan kita sendiri tapi juga boleh merosakkan iman kita sekali. Jadi kalau ada orang tak kira sesiapa saja mak ke, mak mertua ke, sedara mara ke, jiran ke kalau ada yang bagi petua mengarut tolonglah jangan ikut. Lagi-lagi kalau petua tu boleh memudaratkan diri kita atau baby kita.

pantang larang yg logik blh ikut,yg mengarut sangat abaikn,saya tinggal serumah dgn in laws,sbb kesian mmg klu kami pindah tak ada yg tengokkan,adik beradik suami kerja jauh n dh ada family sendri n rumah sndri,in laws dua2 dah berumur,tapi pantang larang mmg byk,sama la bab menjahit tu,scan tu ngan potong rmbut tu,tmbhan lg tak boleh ikat tali tak blh lilit tuala kt leher,tak blh memancing,byk lg la,kdg2 tak logik pun tp saya abaikn je,ikut utk jaga hati je,suami pula jenis yg klu mengarut sangat terus ckp depan2 jgn buat kerja tuhan klu smpi ckp itu ini tak blh,skrg dh dekat due tmbh banyk larangan,apa yg blh ikut ikut je,klu yg tak blh n btul2 nonsense abaikn

Abaikan saja. Masuk telinga kanan keluar ikut lubang punggung jadi angin. Iya kan je lah kata2 mereka, ckp je, ye awak betul, awak betul, awak betul, awak betul, awak betul, awak sgt betul, dan awak mmg betul. Lama2 bosan la mereka nie berckp itu ini sbb x de respon memberangsangkan dr awak. Kalau awak lyn kn sgt kata2 family husband nie, sampai ke sudah makan hati, asyik2 teringat kata2 mereka buat apa. Just enjoy ur pregnancy. Apa awak nk buat, apa awak nk mkn, apa awak nk pakai pregnancy nie, its none of anybody business. Yg penting awak tahu baby awak sihat di dalam, n u r healthy as well, all will be fine.

hahaha lawak pulak baca pantang larang yang ditegur tu ๐Ÿคฃ saya pun kena sis, jawapan saya simple je .. sama ada saya gelak, angguk2 , senyum , jawab "yeke ohhhh" . saya tak amik pusing org nak cakap nak cakap apa, saya percaya Tuhan tu lebih berkuasa & selagi takde scientific proof pada semua pantang larang tu, selagi tu saya tak percaya. Banyakkan berdoa pada Tuhan, fokus pada diri sendiri & banyakkn membaca fakta2 pregnancy based on scientific . Pantang larang ni semua tahyul & mitos je lebih.

Tu semua auta, takyah percayalah. Scan ni penting lagi2 scan details utk check perkembangan baby okay ke tak ada benda pelik ke tak. Pendek kata, semua tu auta je takde kena mengena pun. Bab mulut manusia ni, abaikan je ambik yg positif yg negatif tu tolak tepi pekakkan telinga. Sbb benda ni akan berlarutan sampai la beranak nanti kang lepas beranak lain pula toksiknya. So abaikan. Janji your husband okay. Kalau menyakitkan hati sangat cakap je terus terang biar diorang paham yg awk pun ada pendirian sendiri.

Sy ni mmng pantang betul kalau ada petua2 org2 tua yg mcm ni,,ada yg cakap xboleh mnum dri botol mineral kena pakai straw nnt ssah beranak,,xboleh balut rambut dengan tuala lah,xboleh pakai kain sarung dari bawah nnt bby songsang,aihhhh laa,pening mak๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚diorang ni belajar dri mna pun xtau,mengarut ja.sy hnya percaya dgn Allah ja,kalau Allah bg ini sy terima kalau Allah bagi itu sy terima,yg pnting jaga kesihatan jaga makan mnum,jaga tutur kata jaga pandangan,,

yg senduk nasi tu naya pak karim ahahahahaahha xthu la pepelik.. bab jahit tu..bis keje tukang jahit cmna?xkn 9bulan xyah mjhit .kdg cm x logik .. sis xpayah la dok pk.. ingt yg baik2 je.. Allah ad.. tu semua pantang org tua dedulu..bis tu smua xleh xkn nk mgangkang xyah wt pe2.. xyah wt pe2 udah kne cop mlas..jd nya nk cmna๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ sy lak stress mbaca pantang larang dulu๐Ÿ˜Œ

VIP Member

Kenapa mcm banyak pulak ya? Smua benda nak dilarang pening juga ๐Ÿ˜‚ dah la kena fikir makan2 yg sihat, lagi nak kena fikir pantang larang haihh mmg tak sempat. Diantara atas tu sy mmg ikut yg no.5 tu. Sy masa ngandung ni mmg agak malas lah, tp org tak tau sy hari2 masak kemas rumah mcm biasa. Itu pun bergerak jugak hari2. Mesti ada jee yg kata jgn malas2 nnti anak ikut malas.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan