43 Balas
doc emelda kata air kelapa takde masalah pun nk minum . doc ye . bkn org biasa🤣 ni haa panjang lebar dia ckp . dan sy sndri minum air klpa sejak awal pregnnt tau . Inilah ultrasound scan rahim ibu yang sudah hamil hampir 3 bulan. Di dalam rahimnya ada kantung kehamilan yang mengandungi air ketuban (air akan kelihatan hitam melalui imbasan ultrasound scan), tetapi tiada janin yang terbentuk di dalam kantungnya. Dari permulaan kehamilan lagi memang tidak ada janin. Inilah yang dinamakan kehamilan tanpa embryo, atau anembryonic pregnancy. 40% wanita yang mengalami keguguran ada kehamilan tanpa embryo. Ada ramai juga yang walaupun ada pembentukan janin, tetapi janin itu tidak normal dan gugur. Sebabnya ialah terdapat kerosakan baka DNA kepada benih telur atau sperma, yang apabila dipersenyawakan tidak boleh menjadi. Walaupun kita manusia yang sihat, bukan semua benih kita sempurna. Tetapi, banyak kes sebegini, keguguran tidak selalunya berlaku dengan serta-merta, sebab itulah bila kita buat ultrasound scan 8 minggu sehingga 12 minggu kehamilan, kantungnya sudah besar tetapi kosong, dan keguguran masih belum berlaku. Pada hakikatnya, untuk kehamilan yang sihat, kita sudah boleh melihat janin terbentuk melalui ultrasound scan sejak 5-6 minggu kehamilan lagi dan boleh lihat denyutan nadi jantung janin. Sudah terlalu banyak kali, saya jumpa kes sebegini bila ibu-ibu hamil datang ke klinik berjumpa dengan saya. Kebanyakannya akan mengalami keguguran dengan sendirinya sebelum 3 bulan. Mereka datang ke klinik untuk ultrasound scan kerana sudah mula melihat sedikit pendarahan menandakan proses keguguran sudah bermula. Mereka tanya saya, adakah sebabnya mereka makan buah nenas semalam, adakah sebabnya mereka minum air kelapa minggu lepas, adakah sebabnya mereka minum air tebu bulan lepas. Adakah sebabnya mereka angkat benda berat pagi ini. Adakah rahim tidak kuat. Jawapan saya ialah TIDAK, Puan. Puan tidak bersalah. Tiada makanan yang menyebabkan masalah ini, dan kegiatan fizikal anda tidak menyebabkan masalah ini. Ini bukan sebab rahim tidak kuat. Sebab itulah saya kata, jangan salahkan diri sendiri. Sebab itulah saya berkata kepada semua orang lain, jangan mencari kesalahan wanita yang mengalami keguguran. Jangan buat fitnah kepada buah nenas. Pada hakikatnya, sudah memang pun kehamilan itu tidak boleh menjadi, sebelum ibu itu makan buah nenas lagi. Banyak penjelasan yang saya sudah sampaikan dalam program #TanyaDrImelda Episod 3, tentang keguguran dan kenapa ia berlaku.
Air kelapa ni ikut badan juga sis, ada yg awal kehamilan tak berapa sesuai, ada juga badan yg awal kehamilan ambik pn ok tkdk mslh. So sy waswas juga takut jd awal kehamilan sy elakkan, skrg sy dh 23w bru sy start minum sikit tu pun cup kecik ja.. Utk kncing kotor tu minum air barli atau lbhkan air kosong..
Sama macam saya dulu 5 week ada kencing kotor. Minum air barli suam, letak gula batu sikit. Kena rajin buat. Saya tak suka barli so rajin minum air masak banyak2. Nanti slowly kencing kotor tu hilang. Memang tiap kali checkup ada je kencing kotor tu walaupun kencing tak sakit pun. Kena sabar 🤗
hai sis saye dulu dari first trimester sampai second trimester masalah kencing kotor je sis. sampai kene masuk air kat kk 😅 lepastu suami bg minum air masak sehari 2liter jenuh jugak la nak minum tp fikir serik masuk air tu minum jugak. lepastu stop minum milo teh semua tu.
Awal2 jangan minum air kelapa lagi... Banyak kan minum air masak... Saya pun macam awak jugak kencing kotor . .try la minum air kelapa.... Dan akhirnya mengerang sakit ...ya allah sakitnya bawah perut hanya Allah yg tahu... Lepas 5 bulan baru boleh minum air kepala
better jangan minum air kelapa. satu sebab awal pregnancy. memang ada yang minum dari awal takdak masalah. tapi tak semua macam tu. satu lagi air kelapa tinggi gula walaupun air tu takdak bubuh gula. jadi dia akan mengeruhkan lagi kencing kotor awak tu.
Sy gk kencing ktor jd sy ada mnum gk air kelapa...tpi kelapa muda yg fresh jgn ambik yg di bancuh cuma segelas sj, sbb stop pun kwn xbg mnum..sy mnum air msak dan barli still sama juga..sdgkn bnyk mnum sda hmpir muntah sj bnyk mnum huhu...
dia ikot org sis air kelapa ni .saya frist pregnant sampai perot 27weeks .setiap bulan mesti cari air kelapa .tapi sis ambik langkah berjaga jaga .minum air barli tanpa gula .sedap jugaa kerap minum air kosong .jgan minum manis
Klu blh minum air msk bnyk2 je n air barli.. Air kelapa jgn lg.. Klu yg xtau dia sdg preggy xpa mnum.. Klu yg dh tau klu blh elakkan.. Sy pun alami mslh yg sama mcm sis.. Mencegah lebih baik dari merawat..
Thanks semua yg bagi tips, sy minum air masak j skarang, air barli saya jadi xberapa nk boleh telan huhu.. Air kelapa sy tahan dulu samapi dh masuk 6bulan, tringin sama kot air kelapa tu..
Iman Mijan