Green tea semasa hamil

Saya pregnant 21 minggu, gdm on diet control. Saya dah jaga makan, tak makan manis, order kat kedai pun air kosong, nasi dah kurang, sayur saya dah makan banyak.. bacaan pagi-pagi masih tinggi. Pagi tadi 5.5 terus 😭 Saya ingat nak ikhtiar dengan minum green tea la.. yang jenama BOH tu.. Pregnant boleh minum ke green tea tu? 🥺 Edit: saya hujung minggu memang makan kat kedai (pendek kata dating dengan suami la sebab kami pjj). Sebab masih kumpul duit beli peralatan dapur. Saya dah refer pakar pemakanan dia pun ok je saya makan kat kedai asalkan tak order goreng-goreng dan air manis..

16 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

boleh minum sis tak ada masalah. cuma kalau sis ada masalah Hb, jarakkan dengan masa makan and masa ambil vitamin. sebab green tea ada caffeine jadi boleh ganggu penyerapan zat besi. tapi caffeine dalam green tea tak tinggi sangat pun tak perlu risau sangat. kalau sis nak minum teh untuk bantu control gula, better cari teh misai kucing

Baca lagi
2y ago

Thank you!! 😍😍 alhamdulillah hb masih ok setakat ni 😅😅 cuma tu la dia risau turun kalau baby makin besar.. sekarang makan sebijik je maltofer. Kalau turun maybe saya kena makan 2 biji pulak 😅 Ingat nak cuba la nanti bila turn bsp yang seterusnya Nak tengok menjadi ke tak green tea ni 😅