Green tea semasa hamil

Saya pregnant 21 minggu, gdm on diet control. Saya dah jaga makan, tak makan manis, order kat kedai pun air kosong, nasi dah kurang, sayur saya dah makan banyak.. bacaan pagi-pagi masih tinggi. Pagi tadi 5.5 terus 😭 Saya ingat nak ikhtiar dengan minum green tea la.. yang jenama BOH tu.. Pregnant boleh minum ke green tea tu? 🥺 Edit: saya hujung minggu memang makan kat kedai (pendek kata dating dengan suami la sebab kami pjj). Sebab masih kumpul duit beli peralatan dapur. Saya dah refer pakar pemakanan dia pun ok je saya makan kat kedai asalkan tak order goreng-goreng dan air manis..

16 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saran sy pd sis,kalau boleh elakkan la makan kat kedai selama pregnant dgn GDM ni. kalau nak bacaan cantik sampai bersalin dan nak kekalkan on dc tu,jaga makan setiap hari. kurang portion nasi, ok. minum air 0 pun dah ok. makan sayur banyak pun dah betul. tp sis kena tahu,dekat restoran tu masakan campur dgn sos yg mana mempengaruhi kenaikan bacaan gula dlm darah. telur dadar pun kadang² ada yg dicampur tepung. semua tu ada gula. sis ubah cara diet,masak sendiri dan tahu apa kandungan yg dimasukkan dlm masakan. sy dulu gdm on dc 1st time ja dpt 5.5mmol. bsp kedua dan seterusnya sampai bersalin bacaan pagi kurang dr 5.3mmol. cut sugar,low carbs. sis google apa² makanan berasaskan karbo,jgn makan nasi bersama makanan karbo spt semua jenis ubi dan lain². tak perlu ikhtiar dgn green tea sebenarnya. bila sis jaga makan mcm org yg ada kencing manis,automatik bsp cantik. pastikan ada glucometer sendiri di rumah. check secara berkala. ambil bacaan sebelum makan dan 2 jam selepas makan. jd sis tau makanan tu sesuai atau tak,naikkan gula atau tidak. tp sis boleh try green tea tu,tp no sugar atau susu pekat ya.

Baca lagi
2y ago

Betul. Tadi saya gi KK saya dah tanya macam-macam kat doktor.. dia pun kata jaga portion je. Lagi bahaya kalau tak makan sebab baby tak membesar. Ada portion buah yang dibenarkan, alhamdulillah saya ok je makan buah. Mujur la saya tak mengidam air manis-manis lagi sepanjang mengandung ni. Doktor kata bsp saya masih boleh dipantau.. kalau tinggi sangat sampai 6.0 ke atas dan kerap sangat tinggi baru dia consider bagi ubat. Saya lega betul dengar. Dia banyak kali pesan jangan skip makan. 😅 saya pulak seram nak makan 3 kali sehari sebab berat naik hahaha