UBAT CAIR DARAH PUNCA LEBAM

Hi saya pregnant 14w. Last week doc KK bagi saya ubat cair darah. Aspirin. Die kata sbb sy obese and takut nanti ada darah beku. Tadi baru perasan kat punggung ada lebam mcm dalam gambar tu🥲 then baca2 juga dia kata salah satu punca lebam tu darah terlalu cair and sbb makan ubat cair darah. Soalan saya selamat ke saya teruskan makan ubat tu? Next appointment KK 3januari pula 😩😩 #pleasehelp #firstmom

UBAT CAIR DARAH PUNCA LEBAM
8 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

baca ni sy ambik penerangan dr page fb doctor imelda balchin. Pulmonary embolism. Sesak nafas. Salah satu sebab utama kematian ibu bersalin sebab darah terlalu pekat menyekat pengaliran darah di dalam saluran darah di dalam paru-paru. Siapakah yang ada risiko lebih tinggi mendapat pulmonary embolism? Jawapannya ialah: 1) Ibu hamil yang ada obesiti, 2) Ibu hamil yang berusia lebih tua, 3) Ibu hamil yang ada dehydration tak minum dengan cukup semasa mengandung atau selepas bersalin, 4) Ibu hamil yang bersalin Caesarean Section terutamanya tak mahu berjalan-jalan selepas bersalin, 5) Ibu yang ada pendarahan yang banyak selepas bersalin. Jangan kata ibu yang bersalin normal tiada risiko pulmonary embolism. Inilah SEBABNYA saya selalu menasihatkan semua ibu hamil yang bersalin dengan saya MINUM AIR BANYAK SELEPAS BERSALIN, jangan baring-baring saja mesti berjalan-jalan selepas bersalin, dan tak payah ikut amalan berpantang orang zaman dulu. Zaman dulu, kadar kematian ibu bersalin ialah 20 kali ganda lebih tinggi dari kadar kematian ibu bersalin zaman sekarang, tak payah ikut amalan zaman dulu. Dengarlah nasihat doktor pakar di dalam bidang. Inilah SEBABNYA saya selalu menasihatkan semua wanita jangan benarkan diri anda jadi obese, turunkan berat badan yang obese SEBELUM HAMIL, penjagaan kesihatan itu penting sebelum hamil lagi, bukan lepas bersalin baru nak jaga kesihatan. Inilah SEBABNYA saya menasihatkan ibu hamil yang berpuasa, pastikan anda minum dengan secukupnya di antara iftar dan sahur. Sila ke link ini untuk nasihat berpuasa semasa hamil youtu.be/wsZLB63SNcU Tahun ini saya juga ada seorang ibu hamil yang takut nak berjalan. Beliau bedrest sebab takut gugur sampai dapat pulmonary embolism. Alhamdulillah saya cepat-cepat buat diagnosis melalui CT scan dada dan cepat-cepat mulakan rawatan mencairkan darah di ICU. Saya dah beritahu beliau selepas Shirodkar cerclage, tak payah bedrest, bangun berjalan-jalan tetapi mungkin beliau terlalu takut dan tak dengar nasihat. Alhamdulillah selepas itu beliau dengar nasihat dan bangun berjalan. Selepas bersalin, saya TAK BENARKAN beliau makan apa-apa produk, tak boleh makan jamu, ubat herba Cina berharga beribu-ribu ringgit yang suami beliau beli saya suruh BUANG. Ubat herba tradisional yang dihadiahkan kepada beliau dari kawan-kawan dan keluarga saya suruh BUANG. Saya sangat tegas sebab beliau tinggi risiko pulmonary embolism berulang selepas bersalin, maka saya suruh beliau BUANG KESEMUANYA. Alhamdulillah beliau dan suami mendengar nasihat saya. Sekarang beliau sudah selamat bersalin anak yang matang dan sihat. Alhamdullilah beliau sudah pulih. Sebab inilah saya tak suka ibu hamil amalkan bedrest atas sebab takut gugur. Inilah kelebihannya Shirodkar cerclage untuk ibu hamil yang ada cervical insufficiency. Selepas saya buat Shirodkar cerclage dari awal-awal, di antara 12 hingga 14 minggu kehamilan, saya nasihatkan tak payah bedrest, saya beritahu ikatan itu kuat dan boleh pergi kerja seperti biasa. Inilah kelebihannya ikatan tinggi dan kuat Shirodkar cerclage bila dibandingkan dengan Arabin pessary atau McDonald cerclage, sebab selepas Shirodkar cerclage tak payah bedrest, tak payah duduk di hospital, tak payah duduk di rumah bedrest, boleh berjalan dan pergi kerja seperti biasa. Akhir sekali, nak jadi Pakar Perubatan yang terbaik, kita mesti amalkan Evidence-Based Medicine dan kita mesti menasihatkan pesakit apa yang terbaik untuk mereka, dan “Say NO to overclaim health products.” Nasihat saya juga kepada semua jururawat dan doktor-doktor yang junior, sila belajar evidence-based medicine dari doktor pakar specialist, jangan berhenti belajar dan teruskan tambah ilmu, jangan terpedaya dengan produk yang tidak terbukti berkesan, jangan ikut adat-adat lama yang boleh memudaratkan pesakit. Saya ingin mengucapkan syabas kepada ibu ini sebab belajar dari pengalamannya dan kemudian berubah untuk mendengar nasihat doktor. Saya ingin mengucapkan Syabas juga kepada semua ibu-ibu yang mendengar nasihat perubatan dari doktor pakar di dalam bidang dan berhenti mendengar nasihat perubatan dari mereka yang bukan ahli dalam bidang. Sekian, terimakasih. Dr Imelda Balchin Professor, KPJ University College Consultant Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine with special interest in preterm birth prevention MSc in Public Health Social Media Influencer for Health Advocate for Women Empowerment Founder of Cervical Insufficiency Society Malaysia Marathon runner

Baca lagi

sy pn ambil ubat cair drh sis yg clexane and mmg lebam mcm dlm gmbr tu tpi dktr ckp normal...sy teruskan je ambil skrg sy dh bersalin ank pn dah 10bln...klu sis risau nti bla2 masa sis blh pegi kk tnya nurse takyah tnggu appointment pn blh je dtg kk just bertanya klu risau sngt..

Sy dua2 pregnancy memang makan aspirin. Mula2 half dosage lepas tu sebiji. Makan sekali dengan methyldopa sebab ada high bp. So far x pernah lebam. Cuba bincang dgn doctor maybe ubat x sesuai. Boleh tukar ke apa ke dgn jenis lain

betul sis. memang tu salah satu side effect dia. jangan tunggu next appointment. sis walk in je atau cuba call doktor tanya. kalau berlarutan bahaya tu.

5mo ago

Aah sis, kebetulan harini saya ada followup di KPJ sbb haritu warded mabuk teruk. Sy cerita kat doc tu. Doc pun ckp punca sbb ubat tu. Tp doc kata utk skrang continue je ubat cair darah tu dulu. Tgk nanti mcm mana. Just kena hati2 jgn ada terhantuk ke terlanggar ke sbb mudah kena lebam. 🙂 semoga takde lebam lain yg muncul.

Kalau ada ciri2 mcmtu stop guna dan sila jumpa balik doktor. BTW nurse awak xde pesan ea?

5mo ago

Nurse ckp kalau tak ambil lagi bahaya😂😂😂 boleh jadi darah beku

kalau dh doktr cko punca lebam tu sbb mkn ubat cair.better stop.

Pergi kk terus tanya je takyah tunggu appointment

ouhh patut lha saya pun lebam ingat kne gigit antu😂

5mo ago

Hahahahahah tu la ingat kena gigit hantu😂 nasib ada encik google