(PART 1) KONGSI PENGALAMAN JAUNDICE BABY BERPANJANGAN

Hi, saya nak kongsi pengalaman anak kena demam kuning berpanjangan. Sekarang anak sudah 3bulan22hari. Anak lahir kuning tinggi sampai kena tahan wad di bawah lampu biru 3 hari. Macam rutin ibu2 yang lain, selepas keluar wad saya check kuning baby hari2 di KK. Kuning baby selepas keluar dari wad 207 dan dalam masa 8 hari turun ke 82. Nurse pun dah suruh stop check kuning. Masa umur baby genap sebulan, saya bawa baby ke klinik untuk vaksin dan nurse yang check masa tu memang tengok badan baby sudah bebas kuning. Tetapi, masa umur baby 1bulan23hari saya bawa baby ke klinik semula untuk refer doktor dan doktor bagitahu "anak kamu ni macam kuning?" masa tu Tuhan saja yang tahu betapa risaunya hati seorang ibu. Sudahlah anak pertama. MEMANG KUNING DATANG SEMULA 158. Doktor suruh tinggalkan buku check up ibu dan anak. Pihak klinik terus email bahagian pakar kanak2. Risau? Saya sangat risau sampai bawa anak check kuning di swasta selepas seminggu belum ada panggilan dari kkia. Masa check di swasta, kuning anak saya 260?. Saya tidak dapat tunggu tindakan dari kkia, masa itu juga saya call nurse yang handle anak saya untuk tanya tindakan selanjutnya. Syukur nurse usaha bantu saya dan masa itu juga saya dapat date untuk refer pakar. Panjang lagi..nanti sambung

11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya pernah jumpa kes sama macam ais, lama anak dia kena duk wad nicu dekat Selayang, anak saya dah habis kena kuning pun anak dia ttp kena tahan, anak saya dulu pun kena kuning sampai 350+ lepastu dah turun dah skrg, sbb saya takut jadi mcm kes akak tu saya kerap menyusu bayi saya walaupun kuning dia dah habis, setiap 2 jam saya kejutkan anak saya menyusu walaupun tengah malam pun saya kejutkan anak saya untuk menyusu, tu yg anak saya 7 kg skrg smpai nurse kata nnti kena obesiti, tapi yg penting sis kena berkorban tidur kalau nak dia betul2 sembuh, pastikan set jam setiap 2 jam menyusukan dia sampai dia besar dan semangat, btw saya anak pertama.

Baca lagi
6y ago

Ohh okay2, semoga anak sis cepat sembuh🥰