(PART 1) KONGSI PENGALAMAN JAUNDICE BABY BERPANJANGAN
Hi, saya nak kongsi pengalaman anak kena demam kuning berpanjangan. Sekarang anak sudah 3bulan22hari. Anak lahir kuning tinggi sampai kena tahan wad di bawah lampu biru 3 hari. Macam rutin ibu2 yang lain, selepas keluar wad saya check kuning baby hari2 di KK. Kuning baby selepas keluar dari wad 207 dan dalam masa 8 hari turun ke 82. Nurse pun dah suruh stop check kuning. Masa umur baby genap sebulan, saya bawa baby ke klinik untuk vaksin dan nurse yang check masa tu memang tengok badan baby sudah bebas kuning. Tetapi, masa umur baby 1bulan23hari saya bawa baby ke klinik semula untuk refer doktor dan doktor bagitahu "anak kamu ni macam kuning?" masa tu Tuhan saja yang tahu betapa risaunya hati seorang ibu. Sudahlah anak pertama. MEMANG KUNING DATANG SEMULA 158. Doktor suruh tinggalkan buku check up ibu dan anak. Pihak klinik terus email bahagian pakar kanak2. Risau? Saya sangat risau sampai bawa anak check kuning di swasta selepas seminggu belum ada panggilan dari kkia. Masa check di swasta, kuning anak saya 260?. Saya tidak dapat tunggu tindakan dari kkia, masa itu juga saya call nurse yang handle anak saya untuk tanya tindakan selanjutnya. Syukur nurse usaha bantu saya dan masa itu juga saya dapat date untuk refer pakar. Panjang lagi..nanti sambung
Father and mother of 1 sunny boy