Situasi berhadapan morning sickness 1st trimester dengan boss (utk mummy yang bekerja)

Saya nak bertanya, memandangkan sekeliling saya ramai kawan dan keluarga yang terdekat takmempunyai alahan teruk semasa preggy and mampu bekerja biasa. Saya takde contoh lain nak refer. Saya sekarang 9minggu dan ini merupakan kandungan pertama saya, sepanjang awal preggy saya kerap ambil mc tiap minggu mesti ada sehari dalam bermula tengah october. Mula pada 10hb Nov mcmtu, after saya ke clinic. Saya disarankan utk bekerja dari rumah hingga habis first trims memandangkan saya seorang eksekutif galeri seni dan juga graphic designer dengan keadaan alahan saya yang membuatkan saya takbermaya sebab eventho pkpb (selangor) saya takdapat wfh lagi pada awal pkpb. Sebelum saya req utk bekerja dari rumah saya ada berborak dgn bos lelaki saya berkenaan keadaan saya dan meminta maaf atas apa apa situasi yang berlaku. (Ada bos laki bini). Situasi sekarang bila saya dah jadi stress dalam masa saya terpaksa melayan alahan saya yang membuatkan saya jadi lemau tetapi masih buat kerja seperti biasa dari rumah memandangkan itu tanggungjawab saya) tetapi bos-bos saya mcm acuh takacuh untuk bagi saya bekerja dari rumah. Sekarang ni saya dah nak masuk 3minggu bekerja dari rumah, dan boss saya mula bercakap yang mereka banyak cover kerja saya (mean berbentuk fizikal di ruang kerja) sedangkan saya takmampu membuat sebarang aktivit fizikal yang perlu saya angkat, bungkus atau pasang lukisan memandangkan saya kerja dalam bahagian itu. Saya jadi emosi memikirkan yang iya saya faham saya pekerja yang menerima gaji atas kerja saya tapi takde sebarang rasa bertolak ansur ke atas apa yang saya tengah hadap sebab saya tak main main dan takminta untuk menyusahkan sesiapa untuk pregnancy saya. Saya serba salah sebab takmampu perform well seperti sebelumnya tapi amatlah saya mengharapkan kefahaman dari mereka. Saya memang taklarat memandangkan saya takmampu nak drive sendiri ke tempat kerja sebab bau dan situasi pergerakan serta lemau saya dgn keadaan yang sentiasa muntah angin berangin badan dan terasa heartburn tiap masa. Tapi masih saya cuba selesaikan kerja saya dalam masa masa saya berkeadaan sebegini. Saya bukan sengaja untuk tidak datang ke office seperti biasa 🥺 Saya rasa stress sampai fikirkan apa patut saya buat, adakah saya perlu ke office utk tunjuk segala sakit yang saya ada semata untuk diorang fikir betul yang saya takmpu? Saya sampai fikir nak quit kerja tapi memandangkan suami saya pun bekerja biasa and saya taknak susahkan dia, pandemic skrg yang susah utk mencari kerja lain dan saya fikir sickness ni hanya akan berlangsung dalam 1st trimester sahaja. Second checkup dua hari lepas, doc bagi saya second support letter yang menyatakan keadaan saya and keperluan untuk saya bekerja dari rumah. Tapi saya dah buntu swbab saya tahu bos bos sukar nak faham sebab kita pekerja tetap perlu membuat kerja. (Oh ya, kebarangkalian sebab staf disitu cuma saya, seorang admin dan dua bos suami isteri) so kerja yang saya handle diorang certain takreti buat and bos terpaksa buat kerja saya yang berbentuk fizikal. Serta pekerja perempuan dan bos perempuan saya yang sejarah pregnancy takde alahan teruk mcm saya. Saya buntu sangat fikir untuk cara apa saya handle situasi saya yang sedang begini berdepan dengan bos bos untuk kefahaman bersama. Korang mummies pernah hadap situasi mcmni tak? Apa yang korang buat? Maaf posting ni panjang lebar 🙏🏻

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

dahulukan anak anda. mereka bleh cari part timers