7/3/22 Kontak rapat, ada gejala, buat self test kit masih negatif (hamil 35minggu)

Saya kontak rapat dengan suami. Saya buat self test kit hari pertama dan ketiga, keputusan negatif. Suami buat jugak hari ketiga, dia pun negatif. Tapi dia masih ada gejala. Hari ke4 suami kuarantin di rumah, saya mula ada gelaja, sakit tekak dan batuk dan sakit² badan. Buat self test kit, masih negatif. Saya risaukan baby dalam kandungan je. 😭 Kalau pergi kk untuk cek baby boleh ke? Sebab esok saya memang ada appointment dengan kk. Sekali dengan cek sakit² ni? #ingintahu #firstbaby #pleasehelp #firstmom

8 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

kadang self test kit ni bukan betul sgt sis. tengok pada cara kita buat jugak. sy sarankan terus pergi buat pcr. sbb sy pun jangkit dgn suami sy .mula2 buat self test kit negative tp simptom2 ada. direct g klinik. mmg positive. semoga cpt sembuh

skrg sy dh 36week…masa sy 35week sy dh ada sintom…bila buat sendiri..negativ…hari ketiga pergi klinik buat swab positif sis…down gila sy..sakit gila covid ni…skrg tgah cuba nak pulih

kalau puan kontak rapat jangan ke klinik dulu, better call kk yg puan biasa check up inform diorang dan ambik tarikh baru untuk check up

Buat PCR. Sy test kit sume negative. And kalau dah ada gejala & contact rapat tu better xyah g klinik dlu. Mmg klinik xblh amek.

TapFluencer

Dlm kuarantin xboleh ke kkia ya puan. Kalau masih gejala, dan kalau risau sgt pegi hospital ya.

update dalam my sejahtera dulu

VIP Member

cuba call dulu sblm dtg ..

*saya mula ada gejala