Stressnya 😭

Saya gdm. 2 minggu lepas berat turun sebab saya takut nak makan. Kena bebel. Dari nurse sampai pakar pemakanan bebel. Pakar pemakanan biasa lah bagi meal plan. Saya ikut meal plan tu dan harini kena bebel sebab berat naik mendadak pulak. BSP elok je cantik dan terkawal cuma berat pulak naik Doktor cakap dia nak saya ambil bacaan tekanan darah pulak 2 kali seminggu. Saya ni dahla PJJ dengan husband. Drive sana sini sorang. Kena pulak menapak kat klinik check bp. Dia takut saya ada tekanan darah tinggi walaupun dah beberapa kali datang KK tekanan darah saya memang cantik. Takde isu pun tekanan darah saya. Hb pun dapat pujian daripada nurses yang tengok saya. Macam-macam la. Dia cakap takut baby terlebih besar tapi KK ni dah lebih 4 bulan tak scan perut saya. Saya geram je nak bagitau doktor yang saya dah pergi klinik swasta dan doktor cakap baby saya normal ikut usia kandungan. Tapi saya malas nak bagitahu. Biar lah. Takut panjang cerita pulak. Kalau takut baby besar apa kata doktor tengok sendiri perkembangan baby dan bagitahu saya normal atau tak??? Kenapa nak stresskan saya sampai saya rasa takut nak makan. BSP saya pun normal sahaja. Saya sendiri yang ambik inisiatif korek tabung untuk scan baby sebab saya nak tahu perkembangan dia. Alhamdulillah klinik swasta sangat detailed. Saya dapat tahu ukuran kepala, perut, tulang peha lagi.. doktor pun cakap baby saya membesar dengan baik saya tak perlu risau apa-apa. Just jaga blood sugar je. Saya scan dengan KK masa buka buku pink sahaja. Ni dah 5 bulan tak scan lagi pun. Saya sendiri yang pergi swasta untuk tengok perkembangan baby saya. Saya dah stress kena pantang makan, lagi bertambah stress lepas pergi checkup.

19 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hai momies,saya sarankan kalau ada scan kat luar,atau ada jumpa pakar lain ke diluar.kepilkan dlm buku pink sebenarnya DR kerajaan memang akan sangat berasa senang sebab ianya sangat membantu..keterbatasan masa,tenaga kerja Dan lain2 tak mencukupi untuk menampung rakyat kita..kita pun buka buku free checkup semua free..bila ada rezeki lebih kita mampu scan2 lain tu info je DR di KK berkenaan..Jika mereka tahu dan dpt kerjasama kita mereka pun tak akan membazir masa nak bebelkan kita..DR/misi dengan kita bukan sapa2 malah tiada kaitan darah daging nak bebel/sekolahkan kita..mereka hanya org luar yg Masih punya rasa tanggungjawab untuk membantu kita..untuk memudahkan urusan dan ketenangan sis sendiri bekerjasama je..apa info sis dpt dr swasta share je dgn KK..fikir saje yg baik2 ye sis demi anak Dan diri sendiri jangan stress nanti effect baby saya pun mommy gdm juga pun sma kena bebel,checkup 2mggu sekali..stress nak mkn apa pun kena pikir..anggap je mereka membebel syg

Baca lagi
2y ago

noor azlina : ye langsung takde sy pun. mujur buat dkt swsta utk detail scan + jantina tu..klau tunggu gomen hmm entah la.. mybe tmpt awk lain kot..sy mse 16w dh on ubat met+ insulin + ubat drh tinggi.. wktu 10w je scan pastu takde,sy pindah tmpt Bru scan biasa 2x saja..kata bby ok tu je..dgn x nmpk apa dkt dkt screen tu hahaha..diorg je yg phm..sy kena refer pakar pun sbb ad dermoid cyst kiri kanan ovari..tp hnya scan utk cyst.. detail scan mmg xde wak.. sy buat dkt swsta je..sy risau sbb bby first tunggu 3thun dgn mcm² mslh lgi..lepas sy bersalin Gdm sy hanya on ubt je... insulin dah tak payah hehehe