Stressnya 😭

Saya gdm. 2 minggu lepas berat turun sebab saya takut nak makan. Kena bebel. Dari nurse sampai pakar pemakanan bebel. Pakar pemakanan biasa lah bagi meal plan. Saya ikut meal plan tu dan harini kena bebel sebab berat naik mendadak pulak. BSP elok je cantik dan terkawal cuma berat pulak naik Doktor cakap dia nak saya ambil bacaan tekanan darah pulak 2 kali seminggu. Saya ni dahla PJJ dengan husband. Drive sana sini sorang. Kena pulak menapak kat klinik check bp. Dia takut saya ada tekanan darah tinggi walaupun dah beberapa kali datang KK tekanan darah saya memang cantik. Takde isu pun tekanan darah saya. Hb pun dapat pujian daripada nurses yang tengok saya. Macam-macam la. Dia cakap takut baby terlebih besar tapi KK ni dah lebih 4 bulan tak scan perut saya. Saya geram je nak bagitau doktor yang saya dah pergi klinik swasta dan doktor cakap baby saya normal ikut usia kandungan. Tapi saya malas nak bagitahu. Biar lah. Takut panjang cerita pulak. Kalau takut baby besar apa kata doktor tengok sendiri perkembangan baby dan bagitahu saya normal atau tak??? Kenapa nak stresskan saya sampai saya rasa takut nak makan. BSP saya pun normal sahaja. Saya sendiri yang ambik inisiatif korek tabung untuk scan baby sebab saya nak tahu perkembangan dia. Alhamdulillah klinik swasta sangat detailed. Saya dapat tahu ukuran kepala, perut, tulang peha lagi.. doktor pun cakap baby saya membesar dengan baik saya tak perlu risau apa-apa. Just jaga blood sugar je. Saya scan dengan KK masa buka buku pink sahaja. Ni dah 5 bulan tak scan lagi pun. Saya sendiri yang pergi swasta untuk tengok perkembangan baby saya. Saya dah stress kena pantang makan, lagi bertambah stress lepas pergi checkup.

19 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi mummy. Jgn stress2. Situasi kite lbh kurg same. Tp sy gdm since 13weeks on insulin 4kali sehari. Awl2 sy tak lapa sgt so sy boleh kontrol gula. Tp baby dah start 6 bulan skrg slalu lapa. Makan kontrol gdm rase lapa je. Hehe. Ade masa sy memg mkn byk tp sy hadkan mkn byk tu utk tgahari je. Mlm sy kurg balik. Tu cara sy kontrol la. Lg satu sy dah scan detail haritu sbb sy skrg appt direct hosp under doc pakar. San doc bgtau baby sy mungkin ada mslh perkembanagan tulang dan mungkin tak normal. Sy meraung bile dpt tau. Tp lame3 smpi skrg ni sy dah redha. Cuma kdg2 nangis jgk. Cuma bile kite nangis atau stress confirm darah tinggi akan naik. Hehe. Setiap kali syg nangis atau stress sy akn pk baby sy. Jd bile sy pk baby sy tak jd nangis. Sy nak baby happy je dlm tu dan sy nak pk baik2 je supaya dia lahir ā€œsempurnaā€. Mummy kene be strong okay. Ape yg kite pk akan impact pd baby kite tauā¤ļø

Baca lagi