Stressnya 😭

Saya gdm. 2 minggu lepas berat turun sebab saya takut nak makan. Kena bebel. Dari nurse sampai pakar pemakanan bebel. Pakar pemakanan biasa lah bagi meal plan. Saya ikut meal plan tu dan harini kena bebel sebab berat naik mendadak pulak. BSP elok je cantik dan terkawal cuma berat pulak naik Doktor cakap dia nak saya ambil bacaan tekanan darah pulak 2 kali seminggu. Saya ni dahla PJJ dengan husband. Drive sana sini sorang. Kena pulak menapak kat klinik check bp. Dia takut saya ada tekanan darah tinggi walaupun dah beberapa kali datang KK tekanan darah saya memang cantik. Takde isu pun tekanan darah saya. Hb pun dapat pujian daripada nurses yang tengok saya. Macam-macam la. Dia cakap takut baby terlebih besar tapi KK ni dah lebih 4 bulan tak scan perut saya. Saya geram je nak bagitau doktor yang saya dah pergi klinik swasta dan doktor cakap baby saya normal ikut usia kandungan. Tapi saya malas nak bagitahu. Biar lah. Takut panjang cerita pulak. Kalau takut baby besar apa kata doktor tengok sendiri perkembangan baby dan bagitahu saya normal atau tak??? Kenapa nak stresskan saya sampai saya rasa takut nak makan. BSP saya pun normal sahaja. Saya sendiri yang ambik inisiatif korek tabung untuk scan baby sebab saya nak tahu perkembangan dia. Alhamdulillah klinik swasta sangat detailed. Saya dapat tahu ukuran kepala, perut, tulang peha lagi.. doktor pun cakap baby saya membesar dengan baik saya tak perlu risau apa-apa. Just jaga blood sugar je. Saya scan dengan KK masa buka buku pink sahaja. Ni dah 5 bulan tak scan lagi pun. Saya sendiri yang pergi swasta untuk tengok perkembangan baby saya. Saya dah stress kena pantang makan, lagi bertambah stress lepas pergi checkup.

19 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya pun kadang stress dan takut nak makan 🥲 sebab pernah terguris dengan kata2 nurse sebab berat terlebih naik sekilo.. saya ni x de gdm.. tapi berat cepat naik.. last check up haritu terlebih naik 300g takut betul sebab takut kena marah.. (sy dah tukar kk sebab pindah) nurse yg jaga kat kk sini x marah.. sebab saya punya total kenaikan berat badan tak sampai lagi 10kg (saya dah 34w time check up tu).. saya bgtau saya takut nak makan , Takut ternaik berat lebih.. nurse siap cakap lagi.. tak perlu takut nak makan.. sebab nanti akhir pregnancy dia akan kira total kenaikan berat badan.. lega bila dengar..♥️ moga dipermudahkan urusan puan

Baca lagi