Stressnya 😭

Saya gdm. 2 minggu lepas berat turun sebab saya takut nak makan. Kena bebel. Dari nurse sampai pakar pemakanan bebel. Pakar pemakanan biasa lah bagi meal plan. Saya ikut meal plan tu dan harini kena bebel sebab berat naik mendadak pulak. BSP elok je cantik dan terkawal cuma berat pulak naik Doktor cakap dia nak saya ambil bacaan tekanan darah pulak 2 kali seminggu. Saya ni dahla PJJ dengan husband. Drive sana sini sorang. Kena pulak menapak kat klinik check bp. Dia takut saya ada tekanan darah tinggi walaupun dah beberapa kali datang KK tekanan darah saya memang cantik. Takde isu pun tekanan darah saya. Hb pun dapat pujian daripada nurses yang tengok saya. Macam-macam la. Dia cakap takut baby terlebih besar tapi KK ni dah lebih 4 bulan tak scan perut saya. Saya geram je nak bagitau doktor yang saya dah pergi klinik swasta dan doktor cakap baby saya normal ikut usia kandungan. Tapi saya malas nak bagitahu. Biar lah. Takut panjang cerita pulak. Kalau takut baby besar apa kata doktor tengok sendiri perkembangan baby dan bagitahu saya normal atau tak??? Kenapa nak stresskan saya sampai saya rasa takut nak makan. BSP saya pun normal sahaja. Saya sendiri yang ambik inisiatif korek tabung untuk scan baby sebab saya nak tahu perkembangan dia. Alhamdulillah klinik swasta sangat detailed. Saya dapat tahu ukuran kepala, perut, tulang peha lagi.. doktor pun cakap baby saya membesar dengan baik saya tak perlu risau apa-apa. Just jaga blood sugar je. Saya scan dengan KK masa buka buku pink sahaja. Ni dah 5 bulan tak scan lagi pun. Saya sendiri yang pergi swasta untuk tengok perkembangan baby saya. Saya dah stress kena pantang makan, lagi bertambah stress lepas pergi checkup.

19 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya pun gdm on dc. Dan berat saya pun naik mendadak bulan lepas and mmg doc suruh check bp setiap 3 hari, smpai next appointment & alhamdulillah appointment kali ni berat ok & tak perlu dah check bp. Bp sis boleh check kt farmasi je, free je. Saya check dkt BIG Pharmacy. Detailed scan mmg kene buat kt luar. Saya pun baru je scan baby balik dkt kk tadi after 2 bulan lebih kk tk scan. Sis kene sentiasa fikir positif je baby sihat. Saya jenis masuk telinga kanan keluar telinga kiri je. Yg penting kite tak stress and tahu limit pemakanan kite so that baby sihat. Rasa nak makan manis saya makan je. Hehe alhamdulillah bsp pun ok je tak pernah sangkut. Enjoy your pregnancy journey sis. Makan je apa nk makan but kena tahu limit k. Jangan stress2 sian baby.

Baca lagi