Stressnya 😭

Saya gdm. 2 minggu lepas berat turun sebab saya takut nak makan. Kena bebel. Dari nurse sampai pakar pemakanan bebel. Pakar pemakanan biasa lah bagi meal plan. Saya ikut meal plan tu dan harini kena bebel sebab berat naik mendadak pulak. BSP elok je cantik dan terkawal cuma berat pulak naik Doktor cakap dia nak saya ambil bacaan tekanan darah pulak 2 kali seminggu. Saya ni dahla PJJ dengan husband. Drive sana sini sorang. Kena pulak menapak kat klinik check bp. Dia takut saya ada tekanan darah tinggi walaupun dah beberapa kali datang KK tekanan darah saya memang cantik. Takde isu pun tekanan darah saya. Hb pun dapat pujian daripada nurses yang tengok saya. Macam-macam la. Dia cakap takut baby terlebih besar tapi KK ni dah lebih 4 bulan tak scan perut saya. Saya geram je nak bagitau doktor yang saya dah pergi klinik swasta dan doktor cakap baby saya normal ikut usia kandungan. Tapi saya malas nak bagitahu. Biar lah. Takut panjang cerita pulak. Kalau takut baby besar apa kata doktor tengok sendiri perkembangan baby dan bagitahu saya normal atau tak??? Kenapa nak stresskan saya sampai saya rasa takut nak makan. BSP saya pun normal sahaja. Saya sendiri yang ambik inisiatif korek tabung untuk scan baby sebab saya nak tahu perkembangan dia. Alhamdulillah klinik swasta sangat detailed. Saya dapat tahu ukuran kepala, perut, tulang peha lagi.. doktor pun cakap baby saya membesar dengan baik saya tak perlu risau apa-apa. Just jaga blood sugar je. Saya scan dengan KK masa buka buku pink sahaja. Ni dah 5 bulan tak scan lagi pun. Saya sendiri yang pergi swasta untuk tengok perkembangan baby saya. Saya dah stress kena pantang makan, lagi bertambah stress lepas pergi checkup.

19 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Kadang kan, cara penyampaian tu tak kena tau. Bagi diorang mungkin macam biasa je bebel nasihat, tapi penerimaan kita pulak lain. Saya pun pernah terasa. Untuk pengalaman first baby saya pun sama, dah ada gdm tapi berat naik berlebihan, memang kena check bp walaupun sebelum ni okay je. I guess itu adalah procedure yang ditetapkan. Tapi, saya boleh buat sendiri la, guna alat check tu (kalau ada), atau pergi mana mana farmasi, nurse @ doc tak wajibkan datang ke kk. Saya pun jarang scan di kk, tak ingat lah berapa kali, dan tak silap saya, scan ukuran kepala, perut dll yang awak mention tu namanya DETAIL SCAN, which is biasanya kk tak provide pun. Hanya scan biasa je di kk. Saya tahu pun dari doc in charge saya, dia sendiri yang suggest pergi swasta untuk buat detail scan, then lepastu just inform dia. Puan banyakkan bersabar, kuat semangat, dugaan masa pregnant ni, tapi bagi saya, supposedly doc pun kena main peranan penting especially for first mother. Banyak kali juga baca ibu2 kena ity ini. Takboleh nak expect kita tahu semua benda. And also, ibu2 pun kena bertanya. Kalau diaorang biadab/rude, report je. Kita ada hak untuk bertanya. Takecare puan.

Baca lagi
2y ago

Nk report kat mna tu ye puan?