SEMINGGU DALAM WAD

Saya dah seminggu kena admit. Overdue sejak 30/7/24. Anak first. Dah kena induce belon 31/7/24 sampai harini stuck 4cm je. Tiap hari kena seluk check bukaan. Contractions sikit2 je pastu hilang, air ketuban pon tak leaking. Just darah (sebab kena seluk) and lendir sahaja. Labour room terlalu penuh padat. Jadi kes saya asyik diketepikan sbb saya alhamdulillah semua terlampau normal (bp, jantung baby, ctg scan, dll). Mental saya dah makin teruk hari2 tunggu baby. Patient lain keliling saya dah bertukar2 orang dah semua dah selamat beranak. Tilam pulak keras dan nipis saya sakit belakang teruk. Tolonggggg. Apa nak buat? Saya rasa nak lari balik. Rasa menyesal setuju nk beranak govn. Rasa helpless sangat. Anak taknak jumpa mommy dia kot 💔. Orang tua tua pulak lgsg tak membantu (tapi dorg rasa dorg mcm function) dgn nasihat saya mintak ampun byk2 dgn suami la, nak kena suruh org sekeliling maafkan saya la kot dorg ada terasa hati dgn saya. Mintak ampun dgn arwah mak saya la. Macam aku ni penuh sangat dosa wehhh. Membantu ke ckp mcm ni waktu2 aku dah down. Tak langsung. Sumpah down gila tiap malam menangis dlm ward ni. Dah la baru jadi anak yatim piatu. Takde tempat nak ngadu mintak mak ayah doakan. Sedih sgt.

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Kisah awk tak jauh beza dgn sy. Jgn stress ye sis. Apa yg berlaku ada hikmahNya. Sy due 23/7. Sampai ke sudah takde tanda. So serah diri 29hb. 30hb doc induce ubat cecair 3x (2hari lepas warded) hari ke3 still takda tanda sakit. Last² pakar seluk pecahkan air ketuban pagi, ptg dah bersalin. Ikutkan plan pakar czer, tapi hari nak bersalin dapat normal. Baby keluar 31hb dgn sihat dan kuat. Semua Allah permudahkan. So sis jgn overthinking, banyak istighfar & fokus utk diri sendiri jer. Jgn pedulikan kata org yg kita susah nak bersalin disebabkan banyak dosa. Dosa pahala bukan kuasa di tangan manusia. Jgn peduli kata org yg berlagak dia paling maksum. Alhamdulilah sy bersyukur sbb time sy nak bersalin tu mudah, dapat doktor & nurse yg baik² banyak bantu assist utk kita yg 1st mom. Semua jadi selesa & dipermudahkan. Rupanya minggu overdue sy tu hospital penuh & sesak, wad ramai org, nurse pun busy,baby ada yg xsihat.. Tapi time sy semua ok smooth jer. So itu la hikmah yg sy dapat & bersyukur dgn aturan Allah. Jgn sedih ya mommies 😉🩷✨

Baca lagi