11 Balas
Saya czer. Ni dah 102 hari turun berat 13kg. Dalam tempoh 2 minggu selepas bersalin, saya turun berat cepat sangat dan makin menurun hingga berat masa belajar yg bukan aim saya. Saya risau sebab turun mendadak sangat, tanya doktor, doktor kata sebab saya menyusu badan. Saya kata saya tak nak terlampau kurus keding. Doktor nasihatkan saya tambah kalori dlm pemakanan. Bahagian pemakanan KKM pun bagi poster kat saya cara ibu menyusu ambil makanan dgn betul. Nurse kata , tengok individu juga, ada yg menyusu badan susah turun ada yg kurus sebab ibu cara pemakanan masing. Atas czer saya masih nampak bengkak, tukang urut kata, boleh hilangkan dengan senaman selepas 6 bulan bersalin. Jadi saya tak buat senaman yg berat, just kegel, berjalan perlahan sebab dalaman masih belum pulih sepenuhnya, kan... Bagi saya , tiada istilah cepat dlm pemulihan. Semuanya ambil masa ikut tubuh diri masing-masing, gaya hidup dan cara pemakanan. All the best! 🥰
saya baru jer bersalin ceaser kedua kali nya awal julai lalu.. sebelum pregnant berat 54kg, masa megandung sebelum bersalin tu berat dah naik 67kg 😂 .sekarang masih dalam pantang hari ke 24 berat setakat ni 57kg. saya tak jga makan sgt, just makan apa yg tak memudaratkan diri and bby. enjoy je makan apa2, cuma kurangkn pengambilan gula dan avoid fast food hehe. makan real food je and saya breastfeeding kan bby so, kalau kejap2 lapar boleh buat minum panas cicah roti atau biskut kering.. harap berat turun lagi sampai 50kg 🤣
Saya sebelum kahwin berat 57kg, masa awal mengandung 65kg, last sebelum beranak haritu 84kg. Alhamdulillah sekarang dah 68kg. Makan makanan pantang, makanan sihat. Minum air suam/panas banyak. Kalau kempis perut tu kena tunggu 100 hari untuk buat apa apa. Operation ni bahaya kalau buat/letak sebarangan. Lepas 100 hari kalau dr cakap perut semua dah okay, nanti boleh berurut buat sengkak. Kalau yang perut takda masalah boleh pakai bengkung lepas 100 hari tu. Tapi ada juga yang kena tunggu setahun. Wallahualam
klu nak kurus,kena makan mknn pantang..mcm saya,saya ambik pakej pantang lulaisya 21 hari tu skli ngn mknn..berat saya turun..sblum mengandung,46kg..bila mengandung,naik smpi 61 kg dan lepas bersalin,tgh pantang,turun smpi 48kg.cuma klu nak turun,kne jaga mkn tp kdg2 ikut metabolisme bdn seseorang tu gak..
masa pregnant naik byk ke? bmi sebelum tu normal atau tak? ikut org jgk benda ni dgn gaya pemakanan. mmg akan lapar sbb menyusu tapi kena pastikan makanan sihat jugak. saya dlm sebulan Alhamdulillah dah kempis dan berat normal sbb mmg jaga makan. dan sama jgk bersalin czer
Berat asal saya 48kg, bila mengandung naik sampai 60kg. Alhamdulillah, 2 bulan lepas tu berat saya kembali kepada berat asal. BTW, saya bersalin normal. Untuk petua kempis perut tu, awak perlu amalkan pemakanan yang sihat. Itu je yang saya buat hehe Harap membantu
no choice sis..mmg kena makan sihat..amalkan suku2 separuh,full course meal tu kena 3kali sehari..air manis mmg killer utk perut buncit..sy bersalin normal pun xturun mane perut,sbb suka air manis.haha..bila berat dah stabil,baru exercise..
Saya hari ke 18 pantang, setakat ni dah turun 10kg, lepas bersalin czer hri tu dr trus pkaikan bengkung. Pakai tu hari2 kecuali bila mandi je bukak, skang perut pun dah kempis.
saya susukan baby bnyak2..tapi jenis payah naik berat..makan macam bela saka..naik lemak kat peha ngn muka ja..husb pon tegur dah rupa bawang
Kalau saya, saya makan je selagi anak menyusu supaya khasiat tu baby dpt. Tapi for starter kena cut gula dulu