Darah seperti period semasa 5 minggu hamil
Saya dah check upt beberapa hari dan result positif. Anggaran skrg dah 5 minggu pregnant. Tapi pagi tadi sebelum subuh tiba2 terasa mcm air keluar byk. Bila check darah warna merah keluar agak banyak. Anggaran darah mcm satu pad. Sblm tu ada rasa mcm senggugut sikit tp tak terlalu kuat. Saya belum scan sbb masih awal. Ada mommies yang ada pengalaman mcm ni tak? Saya terlalu risau. Tapi sbb tak ada rasa sakit sangat pada bhgn perut. Jd adakah ini keguguran atau normal terjadi..mohon mommies yg pernah alami share experience. #ingintahu #bantusharing #mommyrisau
Saya memahami kebimbangan yang anda alami. Apabila mengalami keadaan darah seperti haid semasa 5 minggu kehamilan, ia boleh menimbulkan kebimbangan yang besar. Walaupun begitu, tidak semua keadaan seperti ini menandakan keguguran. Terdapat beberapa kemungkinan yang perlu dipertimbangkan. Pertama sekali, dalam kehamilan awal, keadaan ini mungkin disebabkan oleh implantasi embrio ke dalam rahim. Ia boleh menyebabkan sedikit pendarahan yang biasa dikenali sebagai "spotting". Ini berlaku apabila embrio menanamkan dirinya ke dalam dinding rahim. Spotting ini biasanya ringan dan tidak disertai dengan rasa sakit perut yang teruk. Namun, jika darah yang keluar adalah banyak dan berwarna merah terang, atau jika disertai dengan rasa sakit perut yang hebat, ia boleh menunjukkan tanda-tanda keguguran. Tetapi, tidak semua pendarahan pada awal kehamilan berakhir dengan keguguran. Adalah penting untuk mendapatkan pandangan doktor untuk mengesahkan keadaan sebenar. Saya menggalakkan anda untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk pemeriksaan yang lebih terperinci. Doktor boleh melakukan ujian dan scan untuk melihat keadaan kandungan anda dan memberikan nasihat yang sesuai. Adalah penting juga untuk memberitahu doktor mengenai segala gejala yang anda alami. Sambil menunggu temujanji dengan doktor, cuba untuk berehat secukupnya dan elakkan aktiviti yang terlalu penat. Berikan perhatian kepada kesihatan diri sendiri dengan memastikan anda makan dengan baik dan minum air secukupnya. Semoga segala urusan dipermudahkan dan semuanya berjalan dengan baik untuk anda. Jangan ragu-ragu untuk berkongsi pengalaman anda dengan doktor untuk mendapatkan nasihat yang tepat. Terima kasih kerana berkongsi dan mengajukan soalan. https://invl.io/cll7hzz
Baca lagisaya pernah terjadi macam sis..saya p cek dekat klinik swasta scan kantung ada tapi baby mmg dah takdak Dr kata mmg keguguran..jadi bila p hospital cek pun sama..dan keesokan nya pagi Dr minta pergi Hospital utk cek dekat pakar gynae..tapi masa tghmlam saya sakit tersangat2 bawah perut rasa mcm nk membuang air besar.. apabila saya cangkuk di lantai saya rasa satu benda bulat yg besar nk keluar bila saya tgok dah jatuh baby bersama kantung..jadi malam tu jgk saya ambil gambar dan suami saya terus kebumikan janin yg jatuh tu..esoknya saya p hospital tunjuk gambar tu Dr kata dah habis keluar tiada apa2 serpihan yg tinggal dah kat dalam rahim..Dr scan tgok dari bawah mmg habis bersih Dr just bg ubat antibiotik utk cuci kuman dalam rahim..saya tak perlu cuci rahim semua dah jatuh semua..alhamdulillah lega la tak rasa kesakitan cuci rahim bila gugur ni ramai yg kata agak sakit bila cuci.. itu pengalaman saya pertama kali merasa keguguran..
Baca lagiDarah penuh pad tak normal awak. Sebab kalau implantation pun spotting je. Boleh jadi ancaman keguguran atau chemical pregnancy. Chemical pregnancy (kandungan tak menjadi) memang dia akan terus gugur macam period biasa and next month awak akan period balik like normal. So better pergi terus hospital bahagian emergency sebab belum ada buku pink. Bagitahu awak pregnant and ada heavy bleeding.
Baca lagiDah berjumpa doktor pakar dan doktor kata kemungkinan bacaan HCG tinggi sbb hormon..dah scan rahim pon clear je..amik darah utk ujian beta HCG pn rendah dah..so saya anggap ini ujian utk saya. Semoga ada rezeki lg dalam masa terdekat amin yra
better g jumpa doc asap .sbb jika alami spotting dan bleeding ia tidak normal..dkhuatiri alami keguguran jika rahim fragile..perlu rawatan kadar segera ke hsptl
Better jumpa doctor..minta check beta hcg atau scan tvs..sy scan tvs by 5week dh boleh dh nampk kantung..tgk nti doctor ckp apa..hrp ok juga
amek gmbr darah Tu utk refer pada doc..utk lebih cepat..g klinik swasta..bgtau semua supaya dpt kesahihan yg berlaku..