Pengalaman urut naik peranakan

Saya dah bernikah 1 tahun 4 bulan. Tahun ni rasa tergerak hati nak ikhtiar dan berusaha lebih lagi, sebab tiap2 bulan bila jumpa positif opk terus bd, dgn harapan nak lekat. Tapi non hado. Allah xnak bg lg kan. So kami laki bini ikhtiar pulak dgn cara lain. Saya mntk kebenaran kat encik suami nak pergi mengurut. Dulu mula2 nikah yakin boleh lekat awal, sebab family semua besar-besar, belah mak saya kami semua 9 beradik termasuklah saya. Tp nak buat mcm mana. Belum ada rezeki. Opk dah try, sekarang nak mengurut plak. Allah pun suruh kita ikhtiar ,berdoa dan tawakal😊 Period last saya bulan ni 5/3/2021..period saya 4 hari je..hari ke 4 tu selalunya dh sikit sgt dh..kdg2 kering dh... sy pergi mengurut pada cd ke 14.. tukang urut tu cakap seeloknya klu nak mengurut peranakan elok pada hari period ke 4 atau ke 5...Sbb masa tu rahim tengah kembang, lagi senang nak check peranakan masa tu..Cadangnya bulan dpn saya nak pergi mengurut lg masa hari period yg ke 5.. Back to story, mengurut. Makcik tu suruh baring. Tak sabaq dah ni nak tau terus tnya kat tukang urut tu. Mcm mana nk tau peranakan kita jatuh tu mcm mana? Nampak dak punya la gelojoh kan , xdan kawan tu nak urut lagi🤣 Tukang urut tu kata, sat kita urut dulu, pegang2 dlu. Nanti boleh la rasa. Mula2 tu makcik tu sapu minyak, nak bg licin la kot, dia senang nak urut. Dia tekan2 bahagian kanan, sebab dia dok sebelah kanan saya masa tu, sakit dia Allahu rabbi. Tu dia baru tekan sikit ja.. Pelan2 dia urut2 , tekan2 bahagian kanan dan kiri peranakan. Masa tu nervous dah dia kata peranakan banyak lari dok sebelah kanan, belah kiri kosong jaa😥 Dia urut lagi, dari atas pusat sampai ke bawah ari ari. Sakit dia tak tau nak habaq. Rasa macam nak genggam tangan mak cik tu kuat2. Tapi boleh sabaq lagi🤣🤣 Dia kata tak pernah mengurut mmg sakit. Pedih gila dia urut urut, tolak tolak, kumpulkan dan tolak peranakan ke tengah balik. Dekat 20 minit jugak dia urut, dok kata dalam hati bila nak sudah ni. Sakit xtau nak habaq dah ni.. Dia kata peranakan byk lari sebelah kanan,dia tanya ada angkat benda berat2 dak..byk tdoq mengiring belah kanan dak.. saya jawab la ya. Mmg dlu sblm kawin byk buat kerja berat, angkat berat2.. tdoq mmg selesa mengiring ke kanan... Pastu mak cik tu tanya lagi, masa bersama dgn suami, ada perasan tak ayaq meleleh byk lepas waktu bersama tu? Saya jwb ya. Memang byk yg meleleh keluaq selepas bersama, esok pg tu nk mandi pun dia keluaq lg.. mak cik tu kata, dia keluaq byk sbb dia xleh nak masuk, tu mgkin salah satu punca jgk tak mau nak lekat... Lepas pada mengurut tu, 4 hari lepas mengurut tu, saya ajak suami bersama. Nak test la kata 🤣🤣🤭🤭 loqlaq aih... Alhamdulillah.. suami kata rasa lain, rasa ketat mcm mula2 menikah dulu... Lepas tu ayaq pun tak keluaq byk dah mcm sebelum mengurut😊 esok pagi tu xdak dh lekat kat seluaq. Semoga mengurut ni menjadi asbab utk saya hamil tak lama lagi. InsyAallah... Doakan untuk saya dan suami. Harap tahun ini ,pada umur 31 tahun ini ada rezeki saya dan suami untuk punya zuriat. Aamiin Ya Allah Ya Mujib. Siapa yang ada pengalaman berurut, lepas tu ada rezeki hamil? Share la pengalaman kat sini ya❤️❤️ #urutperanakan #mengurut #sengkakrahim #urut

 profile icon
Tulis jawapan
Jadi orang pertama untuk membalas!