perut gatal
Saya dah 6 bulan.. normal ke perut rasa gatal.. gatalnya mmg xbole bawak bincang rasa?

Salam sejahtera, untuk makluman puan, kegatalan pada bahagian perut ketika hamil adalah sesuatu yang normal. Biasanya ini terjadi akibat perubahan hormon badan dan kulit perut yang menerik dan tegang apabila kandungan semakin membesar juga menyebabkan gejala ini. Selain itu, wanita hamil boleh mengalami gejala kulit kering yang turut menyumbang kepada rasa gatal pada kawasan tersebut. Namun begitu, jika anda mengalami gejala lain selain gatal di bahagian perut seperti gatal pada bahagian tubuh lain seperti kaki dan tangan, kencing berwarna gelap, najis berwarna pucat dan kekuningan pada kulit, sila rujuk ke hospital dengan segera kerana ia mungkin disebabkan oleh masalah saluran hempedu tersumbat. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.
Baca lagi