Minyak angin

Saya dah 25week3day, sebelum ni setiap kali tidur mmg sapu minyak angin dekat belakang sebab sakit pinggang, kadang saya ragu2 juga ada orang cakap tak boleh, sebab takut risiko dekat kandungan walaupun tak sapu dekat perut , sekarang mmg tak pakai apa2 minyak angin sebab risau dengan kandungan #firstbaby #pleasehelp

9 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

saya pernah terbaca tapi lupa kat mana tak bole sapu minyak angin@urut kat belakang/tulang belakang sebab akan menyerap masuk kat baby dan baby dapat effect.. saya dah nak masuk 36w memang sakit belakang/tulang belakang tu tak terkata tapi tak berani nak sapu/oles apa2 jenis minyak risau baby dapat effect.. saua just suru husband picit2 slow/tak kuat kat area sakit tu pun dalam 1minit cuma nak rasa lega sikit je lepas tu suru husband stop picit2 sebab risau juga kalau lama2 ada apa2 juga kat baby walaupu setakat picit slow2..

Baca lagi

Saya tanya doktor saya, dia kata tak ada kajian pasal minyak angin ni. Jadi dia tak berani cakap. Tapi dia kata boleh la letak sikit-sikit tu. Sebab masa 1st trimester dulu saya pening kepala teruk sangat. Jadi banyak sapu minyak angin kat kepala. Lepastu saya ternampak Doktor Imelda tulis, tak boleh guna minyak angin sebab ada menthol. Saya terus stop & tahan je kalau sakit sebab risau jadi apa-apa kat kandungan 😢

Baca lagi

Minyak angin, minyak urut selalu mengandungi salicylate. Maka apa yang ibu ambil akan diserap dalam badan, maka boleh ke janin. Dari segi apa yang saya faham, salicylate yang tinggi boleh menyebabkan penderahan pada otak janin. Boleh double confirm dengan lakukan lebih banyak pembacaan. Ataupun cara alternatif cuba gantikan dengan hot pack/ cold pack, exercise ringan untuk kuatkan otot.

Baca lagi

kakak ipar saya(pregnant 4mth) keguguran lepas sapu minyak angin di bhgn belakang..anak first juga.xda ilmu langsung.dan dia ank bongsu.dia demam teruk dan req nk sapu minyak di blkg.. #PengalamanOrang..kita ambik je sebagai pengajaran😊

sy pernah baca ada org share, kepala bby ada lebihannair sebab maknye suka sapu minyak dekat badan dan belakang badan / perut. kalau nak ambik langkah berjaga jaga baik tkyah sapu apa apa. urut je biasa

Kt belakang badan pun tak boleh sapu minyak panas. Minyak biasa boleh kalau nk sapu area leher ke dada belakang tu takpa

12mo ago

Minyak mmg tak masuk dlm badan. Tp boleh menyerap segala kandungan minyak. Boleh rujuk post Dr. Imelda Balchin. Apa2 pun tetaplah tawakkal pada Allah. Kerana hanya dgn kuasa Allah lah terjadi sesuatu 🤲🏻

Sy setiap hari husb sapu+urut belakang & kaki sebelum tidur..guna minyak angin tapi saya elakkan minyak yg ada methyl salicylate & menthol..

sy pakai ja mnyak pans bru blh tdo.. ank kluar ok ja.. siap urut blkg lagi hri2.. kalau xmmg xblh tdo..

Saya selalu sapu belakang leher and tapak kaki sis. Tak selalu jugak. Sometimes sajaaaa.