Sushi Untuk Mommies Berpantang

Saya dah 17 hari berpantang tapi teringin set chicken katsu Sushi King tu, boleh ke makan yaa nasi tu? Ayam goreng semua memang saya makan dah tapi nasi tu, boleh ke?

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Selepas ibu bersalin, bila saya kata tak payah pun ikut amalan adat berpantang, ada yang tak percaya, nak juga tanya nak pantang apa. Jadi, Dr Imelda boleh bagi nasihat cara berpantang yang terbaik selepas bersalin: 1) Pantang merokok selama-lamanya. Bukan hanya ibu yang baru bersalin, suami dan semua ahli keluarga mesti ikut pantang ini. 2) Pantang minum alcohol. 3) Pantang makan makanan yang memang pun ibu ada alahan atau allergy. Kalau tak ada food allergy, tak payah pantang makanan yang berkhasiat. 4) Pantang menghadkan ibu minum air - Boleh minum 2-3 litre sehari, tidak kira air sejuk ke, air suam ke, air panas ke atau air berais. Ikut suka ibu lah suhu minuman yang ibu suka. 5) Pantang makan ikan besar laut dalam yang tinggi kandungan pencemaran mercury, seperti ikan jerung, ikan cod, swordfish, tuna, marlin, king mackerel. Pilihlah ikan laut kecil-kecil yang kaya minyak ikan omega 3 dan lebih selamat dari pencemaran mercury, seperti ikan selayang, sardine, kembung, mabong, pelaling, bilis, sotong, udang atau ikan ternak seperti salmon. 6) Pantang makan berlebihan, Pantang makan terlalu banyak garam, Pantang makan atau minum terlalu banyak gula, Pantang makan makanan berproses, Pantang makan junk food. Untuk selama-lamanya. 7) Pantang makan ubat kurus atau mengurangkan kalori keperluan ibu yang menyusukan bayi. 8)Pantang membuat hubungan kelamin, sehingga darah nifas kering. 9) Pantang mencuci di dalam vagina. Pantang menggunakan tampon untuk darah nifas. Pantang meruang atau meletak apa-apa produk dalam vagina. Cuci di bahagian luar vagina saja. 10) Untuk wanita Islam, pantang bersolat dan berpuasa sehingga darah nifas kering. 11) Pantang mengangkat berat-berat melainkan mengangkat bayi anda sendiri. 12)Pantang memandu kereta sehingga ibu boleh tekan brek kecemasan dengan serta-merta tanpa rasa sakit dan sehingga ibu dapat cukup tidur. Elakkan kemalangan jalanraya. 13)Pantang memandu kereta dengan baby jika tak letak baby di dalam carseat untuk keselamatan baby. 14)Pantang menyentuh luka jahitan Caesarean Section atau luka jahitan vagina tanpa membasuh tangan dan tanpa menjaga kebersihan tangan. Tak payah pantang makan untuk tujuan menjaga luka. Boleh makan semua jenis makanan yang berkhasiat. 15)Pantang tidak menjaga kebersihan diri. Pantang tak mandi. Kebersihan diri itu penting untuk kesihatan. 16) Pantang pakai baju atau bengkung ketat-ketat di atas luka, sehingga luka sembuh. Tak kisah lah ibu nak pakai seluar atau kain selagi ibu selesa. 17)Pantang bully ibu apa nak pakai. Berikan ibu layanan sebagai orang yang dewasa dan kebebasan untuk memilih. 18) Pantang merawat diri sendiri jika ada komplikasi bersalin: seperti pendarahan banyak, rasa nak pitam, muntah-muntah atau sakit kepala, demam, sakit perut, lendir dari vagina yang berbau, masalah pernafasan, kaki menjadi bengkak merah atau sakit, masalah kemurungan - Sila berjumpa dengan doktor di klinik. 19) Pantang meminta pendapat perubatan untuk ibu atau bayi di media sosial. Sila berjumpa dengan doktor di klinik. 20) Pantang meminta pendapat perubatan dari penjual produk, tukang urut, confinement ladies, makcik-makcik, pakcik-pakcik, jiran-jiran, ustaz, ustazah yang tiada tauliah perubatan. Sila jumpa doktor di klinik. 21) Pantang memberi tukang urut dan confinement ladies gelaran bidan. Jika tukang urut dan confinement ladies tu bukan bidan bertauliah yang berdaftar dengan Lembaga Bidan Negara dan tidak dibenarkan memberi perkhidmatan menyambut kelahiran bayi maka dia tak memberi perkhidmatan perbidanan dan tak boleh menggunakan gelaran bidan. 22) Pantang tidak berjalan dan baring saja sebab ini mengurangkan pengaliran darah di saluran darah dalam kaki. 23) Pantang stress tentang apa kata orang. Pantang mendengar pendapat perubatan dari mereka yang bukan ahli dalam bidang perubatan. 24) Pantang ramai-ramai orang datang melawat. Siapa nak datang tunggu lah selepas masa berpantang. Ibu perlukan masa untuk menyusukan bayi dan masa untuk berehat, bukan melayan tetamu. 25)Pantang beli produk-produk yang anda tidak mengetahui bahan kandungannya atau kesan sampingannya. Tak perlu makan jamu. 26) Pantang beli ubat-ubat sendiri semasa menyusukan bayi tanpa nasihat doktor. 27) Pantang penerbangan jarak jauh (4 jam atau lebih) pada 6 minggu pertama selepas bersalin sebab ini boleh meningkatkan risiko darah beku dalam saluran darah. 28) Pantang bagi bayi makanan atau minuman melainkan susu ibu atau susu formula khas untuk bayi atau ubat yang dinasihatkan oleh doktor. Bila usia bayi 6 bulan ke atas boleh mula bagi bayi makan perlahan-lahan secara beransur-ansur. 29) Pantang menyuruh ibu pantang makanan berkhasiat jika bayi ada kuning jaundice, kecuali untuk bayi yang ada G6PD (doktor akan memberi nasihat). 30) Pantang tertidur bersama bayi. Sudah banyak kes kematian bayi akibat ibu tertidur di atas bayi. 31) Pantang menidurkan bayi dalam kedudukan meniarap melainkan di dalam unit rawatan bayi dimana pernafasannya sentiasa dipantau. 32) Pantang memberi ibu stress dengan memaksa ibu pantang makanan-makanan berkhasiat seperti pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan, telur, ayam. 33) Pantang memaksa ibu duduk dalam kepanasan. Berikan ibu keselesaan. 34) Pantang membuli, mengecam dan memaksa ibu-ibu yang baru bersalin mengikut cara pantang anda. Jika ibu memilih mengikut nasihat perubatan dan nasihat kesihatan dari doktor-doktor perubatan, itu hak ibu. 35) Pantang percaya kepada khurafat. 36) Pantang ikat kaki ibu, pantang paksa ibu mengesot, pantang paksa ibu tidur duduk, pantang melarang ibu tidur mengiring, pantang memaksa ibu ikat tocang. 37) Pantang tuduh susu ibu tak elok. Pantang tuduh susu ibu atau apa ibu makan sebagai penyebab bayi tak sihat. 38) Pantang ugut ibu dengan membuat ramalan, “Nanti suami lari.” 39) Pantang ugut ibu dengan membuat ramalan, “Bila umur 40 tahun nanti sakit.” 40) Pantang jadi pembuli. Pantang mengguris perasaan hati Ibu yang baru bersalin. Berikan galakan dengan kata-kata yang positif. Women Empowerment Semoga bermanfaat, Dr Imelda Balchin Consultant Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal and Fetal Medicine

Baca lagi
2y ago

sama2❤️🥰.

TapFluencer

Asalkan full cooked. Boleh je try n error kalau berani. Hihi. Sy czer masa Ramadan.. Jd Syawal, mcm2 menu ada. Saya makan je rendang, kuah kacang, lemang, kuih berasaskan kacang yg org kata kena pantang. Sy mkn dlm kuantiti sikit la. Ok je. Saya fikir khasiat je. Ada protein cepat sembuh luka. Cuma yg berasaskan pulut saya elakkan makan. Jika teringin, ambil seketul atau setengah sudu je. Test. Sbb pulut tinggi carbohydrate. Takut ia buat kandungan gula dlm darah tinggi dan lewatkan penyembuhan luka.

Baca lagi
2y ago

🌻

Boleh je, nasik diorg lebih kanji sbb tu sejenis melekat. Sama je jenis beras kita yg berkanji. Utk ayam tu xpe je sbb dh goreng. Asalkan apa awak mkn tu masak, x raw. Mkn je klu xde allergic 😆

Kalau nasi beras jepun tu tak boleh makan, berlapar la yall semua wanita yang berpantang dekat Jepun tu 😂 Elok je rakyat dorang makan nasi tu lepas bersalin.

Nasi jepun tu boleh je mkn dan chicken katsu tu gorengkan pk je kalau xde pape cuma kdg nsk campur cuka skit jd try n error la hihi

boleh je selagi awak xde alergik dgn makanan. rasa dulu, if tetiba alergik then awak boleh stop☺️

2y ago

normal awak. nak info tentang pemakana masa pantang ke. follow page doctor imelda balchin pakar o&g. doctor byk share ilmu. awak pantang pon xkn stress. cuma posting tu awak kena scroll sebab dah kebawah

TapFluencer

Setahu saya takda masalah. Lagipun ayam tu dimasak. Kalau mentah tu kena tak pasti juga

VIP Member

bak kata sains boleh je makan..asalkan xallergik

makan berpada2.tu jee..