tolong saya

saya bercadang nk bersalin n berpantang dirumah keluarga saya di kuala kangsar perak..tp mak mertua saya seperti berat nak lepaskan sedangkan dirumah mak ada adik ipar 4orang yg masih belajar n bujang(3perempuan 1org lelaki) mak juga ambil upah jaga sepupu(12 tahun,11tahun dan 5 tahun)... saya rasa begitu tak selesa dgn suasananya n bilik juga kene kongsi2... suami pulak jenis "anak mak"jadi setiap apa yg mak nya katakan semuanya dia "iya" kan je..bila sy bersuara pd suami..suami marah katanya saya tak reti nak paham perasaan maknya.. #firstbaby #stresssgt #19week5hari #1stimemom

21 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sis fikir keselesaan sis sendiri. Sebab time berpantang ni kena jaga betul2. Takmau stress2. Saya anak first juga sis pilih utk pantang sendiri je. Alhamdulillah setakat ni semua OK sbb suami membantu. Lusa dah nak sebulan dah baby. Saya doakan sis dipermudahkan segala urusan ye. Jangan stress2. Time pantang ni pentingkan diri sikit sebab emosi kita perlu di jaga takut meroyan ke apa (minta dijauhkan) badan nak pakai lama sis 💪🏻💪🏻

Baca lagi