cyst ovari

Saya baru stop depo 4 bln yg lepas , sbb rasa mcm depo tu tk ok dgn saya , Alhamdullilah period terus datang & regular setiap bulan lepas berhenti depo . Tapi 2 bln lepas baru dapat tahu ada cyst ! 😭😭😭 nak tanya korang ada tak pengalaman ada cyst tapi mengandung ? saya sebenarnya merancang untuk anak ketiga . Tapi dpt tahu ada cyst ni kecewa terus 😭😭 saya risau dia akan effect susah nak mengandung🥹#ingintahu #bantusharing

cyst ovari
22 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

hi, sy ada ovarian cyst (jenis dermoid) size 8cmx5cm .. dan skrg tgh pregnant 37w4d.. 3hb ogos ni nanti akan buat elektif czer + cystectomy.. doakan sy ya.. sy mmg tak nak buang masa awal² prgnant dulu sbb ada risiko keguguran.. jd sy biarkan je cyst tu smpai skrg.. semoga cyst awak tak berbahaya & cepat kecut 💕

Baca lagi
1y ago

aamiin terima kasih doanya sis 💕 haa sy bru dpt tau masa awal² mengandung sbb masa scan untuk confirm dorg tak jumpa kandungan dan ingat kandungan sy luar rahim, dh 10 minggu keatas scan baru nampak janin .. dr suruh buang cyst masa kandungan 14week mcm tu tp sy taknak sbb risiko gugur dan dorg nak buat operation dari bawah pusat ke bawah (sy ada previous scar lscs 2018 jd mmg taknak kalau nak kena operate menegak tu) 😅