Ganti puasa

Saya baru nak ganti puasa (selalu last minit). Masalahnya, skrg saya in 2nd trimester 22weeks. Dan masih ada muntah2, nak pengsan etc. Macam mana ya kalau tak sempat nak ganti puasa? Kalau ganti qada’ double jela ya tahun depan? Dan bayar fidyah? Adakah saya mcm dikira sengaja lewat2kan ganti? Sepatutnya kan dah boleh ganti lepas raya haritu huhu. Tp saya 1st trim n 2nd trim mcm tak larat nak ganti. Skrg ni pun rasa mcm nak pengsan walaupun work from home.. sahur dah pun td pagi.. Bantu saya ibu2 mak2 mami2 hehe

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

bayar fidyah jika datang bulan puasa seterusnya dan puasa yang lalu yang terluput belum diganti... puasa yang belum diganti perlu diganti sehari ganti sehari sahaja.. jika datang lagi puasa tahun seterusnya dan puasa 2 tahun lalu masih belum diganti, fidyah ya 2 kali untuk 1 hari puasa 2 tahun lalu, puasa tetap sehari terlucut diganti sehari bila telah mampu. wallahu a'alam

Baca lagi