Oversupply sampai meleleh ( tapi tak pam )

hi, saya baru hari ke 8 selepas kelahiran baby, susu saya terlalu banyak sehingga menitis mcm paip bocor, baby pun tak selesa minum selalu tersedak, payudara saya pun bengkak, saya tak mengepam, hanya bf baby je. mcmna nak atasi ya kesian baby tak selesa

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

masa baby minum tu, boleh try teknik gunting. kepit breast guna 2 jari. boleh search kat google ke tiktok ke cara dia. baby saya pun dulu asyik tersedak batuk2 bila minum susu sbb susu saya laju dan dia isap pun laju. saya tak ingat sampai berapa bulan dia duk tersedak bila minum tu, tapi makin lama makin kurang laa sbb penghasilan susu makin lama makin ikut demand baby

Baca lagi

Marmet la sikit, supaya pressure cukup2 je utk baby. Kalau 1st baby kdg2 tu susu memancut bengkak sbb byk angin.