Susu ibu

Hi, saya baru bersalin 27hb Jun. Bayi admit nicu sehingga harini (29hb). Doktor kata bayi kena puasa sebab muntah-muntah dan dimasukkan air. Saya nak tanya, macam mana nak ransang susu badan? Sudah cuba pam tapi tak berjaya ?

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Puan sudah berurut ke sbb dengan berurut baru ada susu. baby sy pun duduk nicu 4 hari. Lepas berurut baru ada susu..pam dengan slow utk bg rangsangan dan bila aliran susu mula ok baru la lajukan..mula2 pam memang sedikit...susu tu jgn buang, puan simpan. Mcm sy ada ambil GoMilk product ibusuri. Tu pun slps bbrp hari ank keluar dr hospital bertujuan utk tambahkan susu badan

Baca lagi
6y ago

Terima kasih atas maklum balas, saya masih belum berurut kerana ulang alik ke hospital. Saya akan cuba nasihat puan. Rasa sedih sebab ingatkan dapat bf anak di nicu, tapi doktor tak bagi sebab baby kena puasa. Doktor nasihat untuk pam dahulu.