Susu ibu

Hi, saya baru bersalin 27hb Jun. Bayi admit nicu sehingga harini (29hb). Doktor kata bayi kena puasa sebab muntah-muntah dan dimasukkan air. Saya nak tanya, macam mana nak ransang susu badan? Sudah cuba pam tapi tak berjaya ?

4 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Puan sudah berurut ke sbb dengan berurut baru ada susu. baby sy pun duduk nicu 4 hari. Lepas berurut baru ada susu..pam dengan slow utk bg rangsangan dan bila aliran susu mula ok baru la lajukan..mula2 pam memang sedikit...susu tu jgn buang, puan simpan. Mcm sy ada ambil GoMilk product ibusuri. Tu pun slps bbrp hari ank keluar dr hospital bertujuan utk tambahkan susu badan

Baca lagi
5y ago

Terima kasih atas maklum balas, saya masih belum berurut kerana ulang alik ke hospital. Saya akan cuba nasihat puan. Rasa sedih sebab ingatkan dapat bf anak di nicu, tapi doktor tak bagi sebab baby kena puasa. Doktor nasihat untuk pam dahulu.

Paling kuat ransangan mmg dr baby, tp utk kes puan. Ada org mmg lps 3 hari baru ada susu.. Tp utk kes puan, sy nasihatkan keep on pam ikut timing. Mcm skrg cuba pam selang 45min atau sejam. Suction mula² paling slow utk 5 min lps tu lajukan speed. Buat dlm 15 minit. Lps 45 min ulang semula.

5y ago

Terima kasih, saya akan cuba teknik pam susu ikut nasihat puan. Sebelum ni saya cuba pam, tapi susu tak keluar. Nurse ada nasihat untuk cuba urut guna tangan dulu.

Salam sis, harap sis nampak soalan saya ni. Anak saya pun di puasa kan nicu sebab muntah. Berapa lama ye dia di puasakan? Dan anak puan tu ada masalah apa ye? Atau kembali ok lepas puasa?

Brape lama ye bayi awak admit kat nicu? Bayi saya sama jgak cm kes awak. Dh 4 ari kena tahan tp x de tanda2 nk discharge lg.