Sekadar berkongsi

saya baru berkahwin bulan 12 tahun lepas, sekarang sya sedang mengandung Dan mengalami pendarahan 16/7/2024 tapi tiada effect kepada baby, suami saya memarahi sy sebab pendarahan tersebut dan selepas balik hospital saya pergi ke rumah mak saya sebab di rumah saya tiada sesiapa kerana suami saya kerja, jadi saya ke rumah mak saya menunggu suami saya balik baru Saya balik ke rumah sebab mak saya risau tentang pendarahan tu, bila balik rumah suami syaa marah, baru mengandung perut kecik lagi, taktau Apa benda kau serabut sampai berdarah over, org lain mengandung elok je, boleh je buat kerja berat boleh je basuh baju Guna tangan, SY baru first trimester jadi saya jadi mual bila memasak, kadang saya tak larat sngt baru balik kerja saya beli ja Guna duit saya, Jadi saya sedih sebab suami saya duk bandingkan saya dengan org lain yang sedang mengandung, nurse nasihat kan saya banyakkan rehat tapi saya tak Mampu nak cuti terlampau lama sebab saya fikir komitmen saya sendiri, suami saya tak membantu hal komitmen saya Dia lebihkan family Dia, kadang sya stress balik rumah selalu kena marah ada je salah saya, kadang Dia selalu menghina saya dan mengungkit kisah silam saya dan Sentiasa melibatkan mak ayah saya,"mak bapak kau tak Pernah ajr kau tu jadi mcmni" kadang saya tahan je kena maki, hina kadang pukul, mental saya penat Any advice apa yang perlu saya lakukan

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

boleh dah tu tuntut cerai. nak buat apa bertahan lagi dengan SUAMI DAYUS macam tu. baru mengandung dah kena maki, lepas bersalin nanti taktau apa pulak jadi. anak awak pun tak layak ada bapak perangai macam tu. baik tak payah ada bapak. tak perlu la nak kata kesian anak nanti takde bapak kalau awak cerai, entah2 suami awak pun tak kisah pasal anak. kalau sekarang pun awak dah selalu kena maki, hina, pukul, awak boleh bayangkan nasib anak awak nanti.

Baca lagi
1y ago

kan ... geramnya rasa .. kita yang takde kena mengena ni rasa nak p tumbuk je laki dia