Sebab pembawakan budak ke ni?

Saya dan suami dimurahkan rezeki mengandung setelah 2 tahun berkahwin tapi sejak saya mengandung ni, perangai suami jadi lain, asyik moody, kurang beri kasih sayang & kurang supportive. Boleh nampak layanan sebelum & selepas ngandung tu lain, padahal kami memang plan pregnancy ni & bersedia nak start family. Dia siap mengaku sejak mengandung, rasa sayang tu makin hilang tapi dia akan cuba sayang balik. Selalu baca si isteri yang akan tak suka suami waktu fasa mengandung, ni terbalik pula. Hubungan ni akan jadi normal balik ke bila dah bersalin nanti? Takut fikirkan kalau lepas dah ada anak pun dia masih tak sayang & hanya stay sebab fikir dah ada anak bersama je hmm. Kami dah lama bercinta sebelum kahwin jadi rasa pelik dengan perangai dia sekarang sebab tak pernah sedegil moody macam ni #firstpreganancy

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Pelik sebab sepatutnya isteri yg banyak perangai masa pregnant. Cakap dekat dia sebagai suami jgn la ikut sgt perasaan tu. Dia lelaki kena kuat la sikit. Ini baru pregnant, belum bersalin lg. Kalau nak kata tak ada selera tengok org pregnant, selepas bersalin lg kacau bilau gayanya. Lagi dia tak selera nanti so ckp dgn dia tolong hargai isteri. Belajar susah payah pahit jerih yg dilalui org pregnant dan tanamkan sifat simpati pada isteri. Dalam islam suami kena ada selalu rasa kasihan pada isteri baru ada rasa ikhlas dan syg. Boleh pulak dia mengaku rasa syg makin hilang di masa2 isteri tgh mengandungkan anak dia. Suami apa macamni

Baca lagi

saya rasa kalau pembawakan yg jenis mcm nie jangan dilayan sangat sampai tak beri kasih syg , kurang support tu . tak boleh berfikir dgn baik dah kalau saya lah . cuba sis slow talk discuss dgn husb kenapa mcmtu . jgn sampai berterusan sbb bila dah ada anak nanti laki bini main peranan yg besar .