Kena warded
Saya baru 9w kalau ikutkan tapi baru ni gi scan doc ckp anggaran baby dlm 7-8w mcm tu. Sebab alahan yg teruk, sy jadi kurang makan dan minum. Baru-baru ini, sy kencing agak kurang, terus doktor kk refer utk warded di hospital. Katanya sebab sy dah masuk 2 botol air sehari sebelum tapi urine masih tak okay. So dia nak sy warded dan berehat di sana. Sampai hospital, sy dimasukkan di kecemasan dan drip air kat sana. Alhamdulillah sy makin okay dan dibenarkan keluar hari yg sama. Doakan saya dan baby kuat ya. Harap sangat alahan ni cepat habis so sy bole makan dan minum dengan banyak utk nutrien baby juga. Utk mommies yg lain, jaga kesihatan ya. Fikirkan yg kita kena kuat utk anak dalam rahim kita. Sekian. Sekadar berkongsi pengalaman.
Berusaha jadi ibu yg terbaik.