Termakan Hati Ayam Dlm Usia 6minggu Hamil

Saya baru 6minggu disahkan hamil. Tapi saya dah termakan hati ayam. Dah selepas tu baru saya tahu hati ayam boleh menyebabkan keguguran ?. Ada kemungkinan ke? Tlong saya

41 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan, untuk makluman anda tiada masalah untuk makan hati ayam ketika hamil. Saya tidak pasti dari mana anda mendapat maklumat tentang hati ayam boleh menyebabkan keguguran, namun ianya tidak benar. Sekiranya hati ayam tersebut telah dimasak dengan sempurna, tiada masalah untuk anda memakannya. Hati juga adalah salah satu sumber zat besi yang baik dan penting ketika kehamilan. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

Baca lagi
6y ago

Terima kasih Dr. Sashini 😍