HELP ME !!!

Saya ada terbaca kat tiktok kalau beranak swasta akan diberi antibiotics dan charge utk antibiotic adalah belas ribu. Saya planning Ceaser dan cease pun akan Ada antibiotic. Mmg swasta akan charge belas ribu ke antibiotic? Saya Tak pernah pergi KK tak Ada buku pink. Kalau kene belas ribu saya decide nak beranak government je. So apa sy perlu buat? Just dtg hospital bila Ada tanda and bawak rekod buku swasta ke? Terus ke emergency ke? Saya da 35 minggu, kalau ikut planning akn Ceaser 38 minggu. Tp kalau sy decide beranak government terus dtg hospital 38 minggu ke? Boleh request ceaser ke? Help me 😭

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Beranak hospital mana? Kalau KPJ dia dah ada pakej utk czer/normal (ni selalu utk cash payor sahaja) contoh awak ambik pakej single room harga rm7888 utk czer. Ubat yg normal macam antibiotik pil lepas czer, ubat tahan sakit, ubat cucuk cair darah semua tu dah termasuk pakej. Kalau masa operate awak bleeding dan kena masuk darah itu ada additional caj. Baby semua dah termasuk dalam pakej sekali bcg, vitamin k dgn hepatitis kot. Kalau baby kena duduk incubator atau kena on antibiotik sebab awak gbs ke apa ke itu ada additional caj. Standard dlm pakej dia akan bagi 3days 2 night. Kalau awak kena stay extra day itu ada additional caj. Sy bersalin 22/9 hari tu elective czer total kos almost 9k 3days2nights. First baby 2020 total Kos emergency czer almost 10k tp gynae dan doktor bius bagi diskaun walaupun beranak after ofis hour jd total kos almost 9k. Itu kos bersalin. Lepas bersalin akan ada checkup utk ibu utk tengok luka czer dan check up utk bby tengok kuning. 2 minggu bersalin ni sy dah 3x check up bby utk kuning. Kos dalam rm100-140/check up (kalau ada injection kos akan cecah rm300 atau lebih)

Baca lagi
1y ago

Ckup sgt2 tu total prepare 50k.. dont worry sis, xkn lebih 50k..☺️

Awak tak consult dulu dengan gynae awak sebelum decide untuk elective czer ke? Macam saya dulu, saya tanya average cost dan procedure untuk normal dan czer, so boleh tahu roughly amount and how the operation gonna works. Daripada awak baca kat tiktok, lebih baik awak tanya terus gynae awak. Sebab dia yang in charge on your pregnancy. So ikut harga dia. Mungkin tu pengalaman orang yang share tu. Macam saya bersalin normal (vacuum), total bill RM10k++. Lagi pun most hospital swasta, czer starting price RM8k ke atas. Tak termasuk consultation cost, medicines, tools, etc. Kalau awak nak tukar ke gov boleh. Dah ada tanda2 bersalin, bawa buku Pink terus pergi ke PAC di hospital yang berdekatan dengan rumah awak. Tapi tak boleh request untuk elective czer. At all cost, normal delivery is their priority. Unless during labor awak ada complication like prolong labor, fetal distress baru they opt for emergency czer.

Baca lagi
1y ago

PUSRAWI, KL. Saya dan suami yang ambil inisiatif untuk tanya sendiri dan bincang dengan gynae. Awak hospital mana? Awak high risk pregnancy ke? Mungkin yang kat tiktok tu dia high risk mom. Kita pun tak tahu. So it's better awak dan suami tanya dan bincang sendiri dengan gynae awak.

klu nk bersalin kerjaan prgi hospital yg dekat dgn rumah tkut prgi hospital jauh dia xterima sbb xikut area.. dh ada tnda2 bersalin trus pergi PAC (Dewan bersalin) selalu dekat2 dgn tmpt emergency.. tnjuk je buku swasta tu and bgitau dh ada tnda2.. klu ceaser xblh request kt gov.. doctor akn bgitau kne ceaser atau x.. diorg akn cuba normal klu blh.. klu ada mslh dgn baby or mak bru dr akn suruh ceaser..

Baca lagi
1y ago

Baik terima kasih ya 😘

TapFluencer

Sis xprnah discuss dngan doctor ke. Swasta kan normal la kalau czer je dah 7k keatas dah . Ade spital 10k keatas untuk czer. Ubatan smua mmg tak termasuk… Belas ribu for czer and antibiotic is resonable la. If u ade buku pink swasta xde hal pun nak branak government. Janji lengkap buku tu. And call la kk berdekatan skrng sis kata nak continue followup government..

Baca lagi
1y ago

Try discuss dngan doctor tu sis. Tanya dia ubat tu brpa harga… kalaau antibiotic je smpai belas ribu tu mcm tak logic juga la.

swasta price for czer is only for czer, x masuk ubat2. klw nk brsalin gov, x bole pilih pihak hosp akn cuba jg ntuk bt awk brsalin normal mlainkan keadaan awk msa tu mmbahayakn baby dn yourself kira nya czer hnya brlaku klw ad emergency la .sy pn gov jg ank first kena czer sbb xda bukaan even dh induce.

Baca lagi

caj bsalin swasta mmg tak termasuk ubatan tambahan. dan klu awk ke hsptl gov, dktr takkan bnrkn ibu utk bsalin ceaser melainkan ada sbb munasabah (masalah pd kndungan or masalah pd ibu).

1y ago

terima kasih 😘

tkda buku pink boleh je bersalin government. dtg je bila masa dh ada tanda2. tapi diorang tk buat czer kalau tk indicated. dorang cuba normal dulu.