ad effect buruk tk ambil ubat bukak jalan
Sape pernah ad pnglmm mkn ubat bukak jalan...shre mummy semua..mak mertua nk belikn ubat tuk bukk jalan...tkut je ad effect ape2...mnjdi tk ubt tu klu mkn

Salam sejahtera puan. Pihak saya memahami dilema yang dihadapi puan tentang ubat buka jalan yang disarankan oleh ibu mertua anda. Namun, kerana saya tiada maklumat lanjut tentang ubat tersebut seperti nama, jenama atau kandungannya adalah sukar untuk saya memberikan jawapan. Namun, anda amat tidak disarankan untuk mengambil sebarang ubat-ubatan tanpa nasihat doktor. Tambahan pula proses kelahiran adalah sesuatu yang akan berlaku mengikut fisiologi tubuh anda dan akan berlaku dengan sendiri melainkan terdapat kes kes terpencil yang memerlukan bantuan perubatan. Oleh itu, sila rujuk kepada doktor jika terdapat sebarang masalah, dan jangan ambil sebarang ubat-ubatan tanpa nasihat doktor yang bertauliah. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.
Baca lagi